suria

Farid Kamil dan Diana Danielle masih tinggal sebumbung, salah faham kecil punca kemarahan isteri

Farid tetap dengan pendirian mahu menyelamatkan rumah tangganya daripada bercerai buat kali kedua.

TENANG berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Farid Kamil menjelaskan salah faham kecil menjadi punca kemarahan isterinya iaitu Diana Danielle.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, berkata, perselisihan faham di antara mereka juga tercetus ketika waktu tidak sesuai dan menjadi besar sehingga Diana mahu memfailkan cerai terhadapnya.

Bagaimanapun kata Farid, dia positif dengan situasi rumah tangganya kini selain menganggap apa terjadi sebagai takdir Tuhan.

size NP 1 - 2024-10-30T211412.270

Farid tenang walaupun rumah tangga sedang dilanda badai.

“Ada perselisihan faham sedikit dan (ia berlaku) tepat ketika ‘bulan’ mengambang.

“Jadi saya ambil apa yang jadi ini sebagai perkara positif dan takdir Tuhan,” katanya kepada mStar.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Bisikan Dosa bertempat di Kuang, Selangor pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia masih tinggal sebumbung dengan isterinya malah baharu sahaja berhubung dengan Diana menerusi panggilan telefon pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil masih sayang, Diana Danielle muat naik status ‘hipokrit’

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle sudah minta peguam siap sedia sejak bulan lalu, tak boleh lagi hidup bersama Farid Kamil

Pun begitu, Farid tidak menafikan luahan Diana membuatkan tumpuannya di lokasi penggambaran terganggu kerana memikirkan masalah yang timbul.

“Ya (tinggal sebumbung). Cuma malam ini saya tidur di lokasi sebab penggambaran akan berlanjutan sampai pagi. Saya baru berhubung dengan Diana semalam.

“Sebenarnya konsentrasi untuk menjayakan watak dalam filem Bisikan Dosa ini agak terganggu tetapi ini merupakan watak yang saya nanti-nantikan,” ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Diana, Farid menerima dengan baik keputusan aktres itu memfailkan cerai dan sedia memberikan komitmen penuh terhadap kes mereka ke

size NP 1 - 2024-10-30T211442.231

Farid Diana masih tinggal sebumbung.

Bagaimanapun Farid berkali-kali menegaskan dia masih mencintai Diana.

Sejak Isnin lalu nama Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana nekad untuk bercerai selepas setahun mereka rujuk.

Difahamkan Farid berada di lokasi penggambaran Bisikan Dosa ketika Diana meluahkan hasratnya menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia