suria

Siasatan kes khalwat Aliff dan Ruhainies selesai, tindakan lanjut bawah kuasa pendakwaan syariah

Tindakan selanjutnya berkaitan kes khalwat Aliff dan Ruhainies bergantung kepada siasatan Japens.

KERTAS siasatan kes khalwat pasangan selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies sudah pun dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan selanjutnya terletak kepada pihak berkenaan membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

“Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

size NP 1 - 2024-05-25T133318.129

Pihak Jawi tidak berkompromi isu khalwat.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

“Terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap,” katanya kepada mStar.

Ajib berkongsi perkara itu Ketika ditemui pada sidang media program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, ditanya mengenai kebarangkalian dua selebriti itu didakwa, Ajib memberitahu ia bergantung kepada pihak JAPENS.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz ikut semua prosedur Jawi, mahu segera selesaikan kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, keluar dari Jawi sekitar 2 petang

“Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan,” ujarnya.

Sebelum ini timbul dakwaan Jawi seolah-olah melambatkan proses pendakwaan kes khalwat Aliff dan Ruhainies.

Malah, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat jika kes itu terlepas disebabkan pasangan berkenaan berstatus selebriti.

size NP 1 - 2024-05-25T133234.996

Kes khalwat Aliff dan Ruhainies masih dalam siasatan.

Jawi sebelum ini menegaskan tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan mereka berdua.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain