suria

Aliff Aziz ikut semua prosedur Jawi, mahu segera selesaikan kes khalwat

Aliff enggan mengulas lebih lanjut berkenaan perkara itu.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz akan memberi komitmen sepenuhnya berhubung dicekup berkhalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 33, berkata, ketika ini mereka masih lagi melalui proses-proses ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kes berkenaan.

Aliff bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan ia masih lagi dalam siasatan.

Aliff 1

Rakaman CCTV yang merekodkan Ruhainies dan Aliff Aziz.

“Saya tiada apa nak ulas cuma sekarang kami berdepan semua prosedur seperti mana yang semua perlu lalui.

“Jadinya kami akan selesaikan perkara tersebut apabila tiba masanya, insya-Allah,” katanya kepada mStar.

Aliff memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz luah hasrat cerai sebelum ditangkap khalwat, sudah tiada perasaan terhadap Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu melinangkan air mata... Bella Astillah masih terkejut suami ditangkap khalwat

Susulan dicekup, Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menanti dituduh di mahkamah syariah.

Menyangkal mereka mempunyai hubungan, Aliff dan Ruhainies bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf dan mengaku kekhilafan diri masing-masing.

Jelas Aliff, tiada apa yang berlaku di antara dia dan Ruhainies ketika diserbu Jawi dan menganggap ia adalah sebagai ujian hidup.

Kata aktor itu, dia hanya berniat membantu Ruhainies mengangkat barang penggambaran aktres itu ke rumahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain