suria

Elak jawab isu ‘unfollow‘ Bella Astillah di IG, ibu minta doakan Aliff Aziz

Hafiza setia temani Aliff yang sedang berdepan kemelut rumah tangganya.

ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, ibu kepada pelakon Aliff Aziz berharap agar orang ramai mendoakan terbaik buat perkahwinan anak dan menantunya.

Siti Hafiza Basharahil turut mengajak orang ramai melakukan perkara baik kerana umat Islam sedang berada di 10 malam terakhir Ramadan.

"Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti pasti terbaik.

"Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan. Kita semua patut buat perkara positif. Semoga kita semua dapat kebaikan," katanya.

Untitled-2

Ibu Aliff tentang menjawab pertanyaan media.

Dalam pada itu, Hafiz juga mengelak daripada menjawab soalan berkenaan tindakan dia tidak lagi mengikuti Instagram menantunya, Bella Astillah.

"Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu, tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tak mahu bercakap tentang perkara negatif, saya mahu yang positif sahaja," ujarnya.

Menjawab pula perbandingan dibuat netizen tentang dia dan ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail, Hafiza menegaskan dia hanya ibu kepada Aliff.

"Fasal itu tiada komen. Saya hanya bersyukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz," tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bella Astillah dedah suami curang 11 kali, ibu Aliff Aziz buat hantaran berbaur sindiran

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebab kahwin Aliff Aziz, hati Bella Astillah remuk ibu mentua cakap buruk tentangnya

Sebelum ini, Hafiza dilihat sering memuat naik hantaran dipercayai berunsur sindirian terhadap Bella selain tidak lagi mengikuti Instagram aktres berkenaan.

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

2

Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella menjadi perhatian netizen.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan Bella ketika sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Aliff memberitahu Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat, dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.

Wan Mohd Najib kemudiannya mengarahkan kedua-dua mereka melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Mahkamah menetapkan sebutan keputusan laporan JKP pada 4 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain