suria

[V] Bella Astillah tak mampu pandang wajah Aliff Aziz, enggan pertahan rumah tangga

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak menyangka Aliff Aziz enggan melafazkan cerai sedangkan dia sendiri pernah menyuarakan untuk berpisah sebelum ini.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, kemelut rumah tangga mereka sepatutnya berakhir dengan segera selepas melalui pelbagai dugaan.

"Dia (Aliff) pernah cakap nak selesaikan selepas tamat penggambaran drama. Tak sangka hari ini masih belum selesai," katanya kepada pemberita.

bella 123

Bella berharap kemelut rumah tangganya berakhir dengan segera.

Pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kedua permohonan cerai yang difailkan Bella secara ekspres pada 13 Mac lalu.

Pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat, Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 33, tidak bersetuju menceraikan Bella atas alasan masih sayang isterinya dan mahu mempertahan rumah tangga mereka.

Pertama kali bertemu selepas beberapa bulan tidak pulang ke rumah, Bella juga sudah tidak mampu menatap wajah Aliff.

"Saya tak pandang pun wajah dia. Saya juga sudah tak ingat bila kali terakhir Aliff pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tiba di mahkamah syariah, Bella Astillah harap kes cerai berjalan tanpa masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebab kahwin Aliff Aziz, hati Bella Astillah remuk ibu mentua cakap buruk tentangnya

"Sudah cukup saya pertahan rumah tangga kami. Masing-masing ada had. Kalau sayang kenapa dia buka aib saya?" ujarnya.

Pada Rabu, Bella mendedahkan Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga termasuk dengan adik Bella sendiri iaitu Eriqa Astillah.

Bella turut mendedahkan dia mengesan Aliff di rumah pelakon Ruhainies sebanyak lapan kali menggunakan GPS.

Dalam masa sama, dia juga tidak menyangka ibu mentuanya iaitu Siti Hafiz Basharahil tergamak memburukan dia kepada orang lain.

bella aliff 1

Bella hadir ke mahkamah bersama ibu dan kenalannya.

Sementara itu, peguam Bella iaitu Azmi Mohd Rais memberitahu segala pendedahan dibuat itu telah didokumenkan untuk perbicaraan di mahkamah.

“Pihak kami juga memohon mahkamah untuk menasihati Aliff agar pertimbangkan keputusan untuk tidak cerai.

“Kami mengambil kira perbalahan yang hangat diperkatakan dalam tempoh semingu ini di sosial media,” jelasnya.

Kes mereka akan diteruskan ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Bella melantik kakak angkat bernama Linda Hashim sebagai wakil manakal Aliff mewakilkan ibunya sendiri.

alif m1

Aliff belum bersedia berpisah dengan Bella.

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain