suria

Aliff Aziz tiba di mahkamah syariah, Bella Astillah harap kes cerai berjalan tanpa masalah

Aliff dan Bella hadir ke mahkamah di temani keluarga masing-masing.

PENYANYI Bella Astillah sebutan kes penceraian dengan suami iaitu Aliff Aziz pada Khamis akan selesai secara baik.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, turut berharap agar tiada sebarang masalah timbul pada perbicaraan yang bakal berlangsung sebentar lagi.

"Semoga semua berjalan lancar, apa-apa pun kita tengok apa yang berlaku. Semoga dipermudah dan tidak ada apa-apa masalah," katanya kepada pemberita.

553 (8)

Bella mahukan perpisahan secara baik.

Bella berkongsi perkara itu ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar 11.50 pagi.

Pelakon itu ditemani ibu Siti Zarina Astillah dan adik perempuannya Didi Astillah.

Sementara itu, Aliff muncul di perkarangan mahkamah pada pukul 12 tengah hari dan enggan memberi sebarang kenyataan ketika disapa pihak media.

Bagaimanapun bapa Aliff iaitu Aziz berharap sebutan kes anak dan menantunya berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebab kahwin Aliff Aziz, hati Bella Astillah remuk ibu mentua cakap buruk tentangnya

ARTIEKL BERAKITAN: Aliff Aziz luah hasrat cerai sebelum ditangkap khalwat, sudah tiada perasaan terhadap Bella Astillah

"Doakan yang terbaik. Semoga semua berjalan lancar," katanya ringkas.

Aliff diwakili peguam syarie iaitu Hadi Salleh.

Pada 13 Mac lalu Bella memfailkan cerai terhadap Aliff, 33, secara ekspres susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain