suria

Dikenali sebab kahwin Aliff Aziz, hati Bella Astillah remuk ibu mentua cakap buruk tentangnya

Bella kecewa dengan sikap ibu mentua yang seakan berpaling tadah.

HATI pelakon dan penyanyi Bella Astillah remuk apabila ibu mentua yang dihormati dan disayangi tergamak bercakap buruk tentang dia walaupun mempamerkan imej Islamik di media sosial.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga tertanya-tanya kesalahan telah dia lakukan sehingga wanita itu sanggup menikamnya walaupun sedia maklum cerita sebenar membabitkan anak lelakinya, Aliff Aziz.

Malah dia terkejut apabila ibu mentuanya iaitu Siti Hafiza Basharahil bertindak tidak lagi mengikutinya di laman sosial Instagram selepas Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies sebelum ini.

2626887

Bella sedih berkongsi apa yang berlaku ketika ini.

“Ibu mentua unfollow saya di media sosial, saya terkejut! Maksudnya pengorbanan saya selama 10 tahun ini sia-sia apabila Umi (panggilan Hafiza) percaya Aliff dan Ruhainies sekadar kawan.

“Bayangkan orang yang selalu mengeluarkan kata-kata berkaitan agama, orang saya sayang dan hormat boleh mengutuk saya.

“Dia cakap saya dikenali sebab saya kahwin dengan Aliff... Saya bukan pelakon dan penyanyi hebat untuk dikenali.

“Apa salah saya sampai perlu cakap macam itu?,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz luah hasrat cerai sebelum ditangkap khalwat, sudah tiada perasaan terhadap Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bella Astillah dedah suami curang 11 kali, ibu Aliff Aziz buat hantaran berbaur sindiran

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Bella mendakwa Hafiza pernah bercakap buruk tentang dia kepada beberapa kenalan rapat Aliff.

Kata Bella, dia mengetahui perkara itu selepas salah seorang rakan Aliff bercerita mengenai butiran perbualan mereka serta sikap sebenar ibu mentuanya.

Walaupun tidak kisah jika ada mempercayai apa diperkatakan namun Bella bersyukur rakan-rakan Aliff mampu menilai kebenaran yang dia sendiri tidak pernah dedahkan.

Saya tak minta mereka berpihak pada saya tapi mereka boleh nilai sendiri.

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

“Ibu mentua siap hubungi kawan-kawan sekolah Aliff untuk memburukkan saya!

“Saya sudah kenal mereka sejak zaman bercinta dengan Aliff dan mereka boleh nilai apa yang saya lalui... Saya tak minta mereka berpihak pada saya tapi mereka boleh nilai sendiri,” katanya.

Pada petang Rabu, Bella secara terbuka mendedahkan Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam nada sebak dan air mata yang berjurai, Bella turut mendedahkan suaminya itu pernah berlaku curang dengan adik perempuannya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

bella 99

Bella kecewa ibu mentua mengata dirinya.

Bagaimanapun disebabkan mahu mempertahankan rumah tangga dan terlalu sayangkan Aliff dia sanggup membuang keluarga sendiri.

Bella pada temu bual sama turut menjelaskan dia hanya menggunakan pelakon baharu Muaz Zabir bagi membuatkan Aliff cemburu disebabkan pelakon asal Singapura itu curang dengan dua orang wanita.

Bella memberitahu perkara itu selepas muncul perbualan dan foto mesra dia dan Muaz di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan netizen.

Pada ada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

553 (9)

Bella mahu bercerai secara baik.

Nama Aliff sebelum ini juga menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain