suria

[V] Aliff Aziz tekad selamatkan perkahwinan, harap tiada pengaruh luar

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tekad memperbaiki masalah rumah tangganya selepas tidak bersetuju menceraikan isterinya iaitu Bella Astillah pada Khamis.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 33, berkata, perasaan sayang terhadap keluarga punca utama dia enggan menceraikan Bella dan berharap perkahwinan mereka kembali kepada asal.

Apatah lagi dia dan Bella masing-masing ada buat kesilapan selain meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya.

"Saya mahu ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga kami demi anak-anak. Saya rindu anak-anak.

Untitled-2

Aliff enggan bercerai dengan Bella.

"Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang dan cuba selamatkan rumah tangga kami.

"Saya banyak buat silap, Bella pun ada buat salah. Akhirnya ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan segala hal," katanya kepada pemberita.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas sebutan kedua permohonan cerai difailkan aktres itu pada Khamis.

Dalam pada itu Aliff berharap masalah rumah tangga dihadapi ketika ini tidak melibatkan campur tangan pihak luar dan biar segala keputusan dilakukan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tiba di mahkamah syariah, Bella Astillah harap kes cerai berjalan tanpa masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebab kahwin Aliff Aziz, hati Bella Astillah remuk ibu mentua cakap buruk tentangnya

Aliff juga memohon semua pihak agar memberi mereka ruang agar prosiding selepas ini berjalan seperti ditetapkan mahkamah.

'Saya juga berharap, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh daripada pihak luar.

"Saya minta jasa semua orang beri ruang supaya prosedur ini berjalan lancar.

"Saya mohon doa daripada semua untuk kami," katanya.

Saya mohon doa daripada semua untuk kami,

ALIFF AZIZ

PELAKON DAN PENYANYI

Pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat, Aliff tidak bersetuju bercerai kerana masih sayangkan Bella.

Pelakon asal Singapura itu memberitahu dia perlu masa untuk buat keputusan kerana perlu memikirkan daripada pelbagai sudut.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan proses Sulh dijalankan dan kedua-dua pihak perlu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Kes itu disambung semula pada 4 Jun depan.

alif m1

Aliff rindu anak-anak.

Pada petang Rabu, Bella mendedahkan Aliff pernah meluahkan hasrat bercerai pada pertengahan Februari lalu kerana sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Bella berkata, dia terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain