suria

Muaz Zabir dalam keadaan tertekan, mengaku khilaf isu babit Bella Astillah

Muaz perjelaskan hubungannya bersama Bella.

PENDEDAHAN tentang hubungan dengan Bella Astillah meninggalkan kesan mendalam kepada pelakon baharu Muaz Zabir yang menjadi perhatian netizen sejak beberapa hari lalu.

Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, bagaimanapun mengakui kekhilafannya selain menerima semua pandangan dan kecaman netizen berhubung isu membabitkan dia.

"Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga kepada Bella sendiri.

muaz 3

Muaz akui kesalahan yang dilakukan bersama Bella.

"Saya tidak dapat menghalang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya," katanya ringkas.

Muaz menjelaskan perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada Ahad.

Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah hanya perguna Muaz Zabir, mahu buat Aliff Aziz cemburu... Keluarga mentua juga sudah lama tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dituduh ada hubungan dengan pelakon baharu, akaun TikTok dedah foto dan perbualan mesra

Kata Bella, foto dan perbualan dia dan Muaz dibuat tahun lalu ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.

Malah Bella juga mendedahkan hanya Aliff mempunyai salinan kesemua foto dan tangkap layar yang tersebar.

Kisah Bella bersama Muaz mula mendapat perhatian ramai apabila pengguna seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mereka.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

muaz 1

Beberapa foto yang dikaitkan dengan Bella dan Muaz.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan serbuan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.

Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Pada 2019, pasangan itu pernah bercerai talak satu namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain