suria

Netizen bertubi-tubi tanya soalan culas bayar nafkah anak, adik Shila Amzah anggap hal peribadi - “Saya lebih tahu”

Bekas isteri (kanan) mendakwa Syafiq gagal membayar nafkah anak.

SUSULAN dakwaan bekas isteri Amir Syafiq yang mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah itu culas membayar nafkah anak mereka, netizen melontarkan soalan bertubi-tubi mengenai perkara itu ketika siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Rabu.

Syafiq, 30, bagaimanapun memilih tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya meminta mereka hanya fokus kepada soalan berkaitan kemelutnya dengan Shila.

"Tentang hal peribadi saya itu, saya lebih tahu kot. Tak mengapa, settle sendiri sahaja... Tanya fasal Shila sahaja," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-12 at 8.08.48 AM

Netizen mahu penjelasan daripada Syafiq berkenaan isu nafkah.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi lagu Patah Seribu itu.

Kata Anis, ia menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan Syafiq sebagai satu kifarah atas perbuatan silam bekas suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar pertahan Shila Amzah, bengang ex suami tiada kerja tetap 'play victim'... "Dia jual gitar sebab nak duit"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit... "Tak perlu back up, dia fake"

Terdahulu, Anis meninggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan Syafiq gagal membayar wang nafkah buat anak mereka selama tujuh tahun berpisah.

Dakwa Anis lagi, Syafiq sejak dahulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak.

Untuk rekod, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan sah bercerai pada 15 Jun 2016.

Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tampil memberikan penjelasan, Shila berkata berhak berbuat demikian kerana banglo berkenaan adalah miliknya dan bakal membeli kediaman baharu untuk ibu mereka.

Namun Syafiq pula mendakwaShila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain