suria

Fasha Sandha dan suami beraksi mesra dalam kolam renang… netizen pula malu tengok adegan peluk, laga hidung

Fasha dan suami mencuri perhatian netizen.

TINDAKAN pelakon Fasha Sandha bersama suaminya Aidil Aziz beraksi mesra di dalam kolam renang mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di media sosial.

Dalam rakaman video dikongsi itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bersama suaminya dilihat beraksi mesra sambil berpelukan dan melagakan hidung masing-masing.

Menggunakan latar belakangkan lagu So This Is Love nyanyian Ilene Woods, Fasha menerusi kapsyen memberitahu Aidil merupakan individu yang paling dicintainya buat selama-lamanya.

fasha1

Aksi Fasha dan Aidil mengundang perhatian netizen.

"Kesayangan saya buat selamanya," tulisnya.

Aktres berkenaan dilihat mengenakan singlet hitam dan suaminya tidak memakai baju.

Video tersebut dipercayai merupakan satu bentuk promosi produk berdasarkan tarikh yang tertera pada hujung video iaitu 16 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen 'berbulu' tengok Fasha Sandha menari, dituduh berubah selepas kurus - "Gemuk atau berisi tetap joget dan happy"

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran penerbit buat Fasha Sandha nekad hilang 18kg, meraung sebab serba salah nak makan biskut cicah milo

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan tindakan Fasha dan menyifatkan dirinya sudah berubah dan tidak seperti dulu.

"Fasha yang sekarang bukan yang dulu... beza betul attitude.

"Bila nak kurus dah kurus, bila dah kurus hilang rasa malu dan segan dalam diri... inilah akibatnya suai tidak menegur isteri. Terang-terang cari dosa untuk suami.

"Apa nak jadi walaupun halal pasangan suami isteri tapi perlakuan ini haram ditonton kepada awam. Awak seorang pelakon hebat Fasha... another level. Awak tak perlu content murahan seperti ini," tulis netizen.

Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak yang kurang senang melihat video Fasha sakan menari selepas berjaya menurunkan berat badan.

Menjawab mengenai perkara itu, Fasha berkata dia seorang yang ceria dan bentuk tubuh langsing bukan punca dia berani memuat naik video tersebut.

fasha1 - 1

Netizen kurang senang dengan tindakan Fasha dan suami.

Penampilan baharu aktres berkenaan juga sering menjadi tumpuan ramai sehingga ada netizen mendakwa dia melakukan pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas untuk kurus.

Bagaimanapun, Fasha menjelaskan dia hanya mengamalkan diet serta produk kesihatan sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain