suria

Kak KM panas hati dengan suami, mengamuk kereta Alphard remuk langgar tembok… “Dia langsung tidak minta maaf”

Kecuaian suami Kak KM menyebabkan kereta miliknya remuk.

USAHAWAN sensasi Kak KM meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu Razman Ramli kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard mengalami remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah.

Meskipun reda dengan apa yang berlaku, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tetap tidak berpuas hati dengan sikap suaminya yang enggan mengakui kesilapan diri.

"Saya bukan marah fasal kereta rosak dan remuk teruk bahagian belakang. Saya marah sebab dia (suami) langsung tidak minta maaf. Kejadian yang berlaku kita memang tak boleh nak elak.

kak km 2

Kak KM turut meluahkan rasa marah di laman sosial miliknya.

"Apa yang membuatkan saya lebih marah apabila dia tak mengaku silap sendiri," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Kak KM sebelum itu memuat naik video kejadian berkenaan di laman sosial miliknya selain turut menulis kapsyen kata-kata marah.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada malam Selasa ketika dia tiada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki memang tak boleh ada duit” - Kak KM wakili kaum wanita bersuara isu Abang Tesla, bengang cakap tak serupa bikin

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat beli polisi insurans bertukar mimpi ngeri, anak Kak KM derita jantung berlubang

Menerusi video yang dimuat naik, Razman dipercayai tanpa sengaja menekan pedal undur sehingga kenderaan itu merempuh tembok.

Kata Kak KM lagi, dia berkongsi video tersebut bukanlah untuk memburukkan suami tetapi mahu menjadi pengajaran kepada ramai supaya lebih terbuka hati mengungkap kata maaf apabila melakukan kesilapan.

Saya buat naik video berkenaan juga untuk ajar dia dan orang ramai supaya tahu minta maaf

KAK KM

USAHAWAN

"Itu kereta saya, kalau dia minta maaf rasanya dah selesai semua dan saya pun tak perlu nak marah-marah.

"Saya buat naik video berkenaan juga untuk ajar dia dan orang ramai supaya tahu minta maaf," tegasnya.

kak km 3

Kak KM harap Razman bertanggungjawab membayar insurans kereta tahun hadapan.

Dalam pada itu, Kak KM berharap suaminya mengambil tanggungjawab membayar cukai jalan dan insurans untuk tahun hadapan selepas dia membuat tuntutan memperbaiki kereta itu.

"Saya akan claim insurans untuk hantar baiki. Tahun hadapan dia kenalah bayar insuran dan road tax. Tak kan saya nak bertanggungjawab lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain