suria

Isteri kongsi foto wanita dengan kapsyen penyondol, gosip ND Lala kahwin dua kembali hangat 

Fauziah menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambar seorang wanita dengan kapsyen penyondol.

DESAS-desus pelakon dan penyanyi era 1980-an iaitu Datuk ND Lala berkahwin lagi memasuki episod baharu apabila isterinya memuat naik wajah seorang wanita dipercayai individu yang ada kaitan dengan rumah tangganya.

Datin Fauziah Sarman pada petang Sabtu memuat naik gambar seorang wanita dengan menulis nama Siti Munirah Abd Ghani di Instagram miliknya.

"Penyondol... Siti Munirah Abd Ghani. @ndlalaofficial," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen.

Sehubungan pendedahan foto wanita berkenaan, pengikut Fauziah meluahkan rasa terkejut dan meminta ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu bersabar menempuh dugaan rumah tangga.

Penyondol

Fauziah memuat naik gambar seorang wanita yang digelar sebagai penyondol di Instagram.

Malah pada awalnya disangka Fauziah kehilangan pembantu rumah disebabkan pendedahan gambar tersebut.

"Banyak kali baca ingatkan cari bibik lari, cantik lagi Datin Fauziah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak datang sebab sibuk, Shila Amzah gembira ND Lala kota janji muncul di separuh akhir GV9

"Wanita cantik memang selalu kena tinggal. Semoga Datin kuat, bawa ke mahkamah!” Itu antara komen netizen.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengaitkan ND Lala menjadi bualan ramai apabila penyanyi itu didakwa berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Menurut sumber, penduduk setempat mengesyaki sesuatu apabila sering melihat ND Lala berkunjung ke kediaman wanita berkenaan.

ND Lala Fauziah Shila

Gosip mengenai rumah tangga ND Lala dan Fauziah sudah lama diperkatakan.

Pada awal Mac lalu, Fauziah sempat berkongsi rasa syukur apabila perkahwinannya dengan ND Lala sudah memasuki usia 35 tahun.

“35 tahun... Alhamdulillah,” tulisnya yang disertai emoji hati dan cinta.

Ia secara tidak langsung, menangkis gosip mengatakan rumah tangga mereka retak menanti belah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain