suria

Finas tak lepas tangan, hantar surat teguran kepada penerbit filem ‘Pulau’

Nasir (kiri) anggap kontroversi filem Pulau boleh dijadikan pengajaran buat semua penggiat seni.

LEMBAGA Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah surat menghantar teguran terhadap penerbit filem Pulau selepas treler yang ditayangkan sebelum ini menjadi kontroversi kerana mengandungi adegan panas keterlaluan.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim, berkata, tayangan treler tersebut perlu disunting semula kerana ia bukan paparan sebenar jalan cerita filem berkenaan.

"Teguran dibuat menerusi Unit Komunikasi Korporat Finas kepada produser filem tersebut. Itu tindakan yang diambil oleh Finas berhubung kontroversi sebelum ini.

pulau 2

Antara adegan sensasi Pulau yang menjadi kecaman.

"Bagi saya treler itu perlu dipinda semula kerana ia tidak menggambarkan cerita sebenar. Dalam klip tersebut ia mengetengahkan adegan sensasi untuk menarik minat orang ramai.

"Saya rasa ia perlu diubah untuk menjaga sensitiviti masyarakat negara kita yang berbilang bangsa," katanya kepada mStar.

Nasir juga tidak menolak kemungkinan klip adegan panas tersebut sengaja disebarkan sebagai gimik sebelum filem tersebut ditayangkan pada 9 Mac nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’, mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Treler hanya satu peratus daripada keseluruhan filem, penerbit potong babak panas dalam ‘Pulau’

Dalam masa sama baginya kontrovseri sebegini juga boleh dijadikan panduan buat mana-mana penerbit supaya tidak mengulangi kesilapan sama di masa akan datang.

"Kontroversi tersebut juga telah menjadi gimik dan ia sebagai satu publisiti percuma sebelum filem tersebut ditayangkan.

"Dalam hal begini saya melihat kita boleh jadikan satu garis panduan yang lebih terperinci tetapi tidak menghalang kreativiti. Kalau terlampau ketat (garis panduan) akan ada isu juga, jadi semuanya perlu jelas," ujarnya.

Kontroversi tersebut juga telah menjadi gimik dan ia sebagai satu publisiti percuma sebelum filem tersebut ditayangkan

PROFESOR DR MD. NASIR IBRAHIM

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FINAS

Sementara itu, Nasir juga menghormati tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam menjalankan tanggungjawab terhadap suntingan babak sensitif filem tersebut dan percaya kerjaya antara badan-badan terlibat perlu diperkukuhkan ketika berdepan dengan isu sebegini.

Justeru pihak Finas sendiri tidak mahu lepas tangan dan sedia memanggil mana-mana pihak terlibat bagi mengadakan perbincangan lanjut.

"LPF telah menjalankan tanggungjawab mereka dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Penapisan telah dibuat mengikut garis panduan LPF namun saya percaya mereka juga ada kekangan kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

pulau 3

Barisan pelakon Pulau.

"Apabila berlaku isu sebegini pastinya Finas tidak akan ambil mudah dan telah memanggil persatuan terlibat untuk berbincang apa sahaja isu berbangkit," jelasnya.

Sebelum ini trailer filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea dan Sabronzo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain