suria

[V] Kemain ‘belanja’ sekarang! Riena Diana kata dari dulu dah seksi cuma tak tayang, kalau sakit mata boleh unfollow

PENAMPILAN pelakon Riena Diana ketika menyambut perayaan tahun baharu 2023 menjadi perhatian ramai apabila pemakaiannya dikatakan menjolok mata.

Ramai membuat telahan perubahan fesyen Riena sebagai satu bentuk memberontak selepas percintaannya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq berakhir dengan perpisahan.

Menjelaskan perkara itu, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, berkata, dia sebenarnya memang berimej seksi sejak dahulu cuma tidak terlalu berkongsi gaya pemakaiannya di media sosial untuk tatapan ramai.

Penampilan seksi Riena pada malam Tahun Baharu dikecam peminat.

"Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut, mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu.

"Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih seksi pun pernah saya pakai cuma saya tak kongsi di media sosial," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian kahwin tahun depan terkubur, percintaan 4 tahun Riena Diana dan teman lelaki berakhir perpisahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa sampai kurang ajar macam tu?” - Riena Diana digelar ‘artis murah’, individu tidak dikenali ganggu melalui mesej peribadi

Dalam pada itu, Riena berkata, dia tidak mengambil hati tentang komen dan kecaman diterima malah bersyukur apabila peminat masih lagi mengambil berat tentang keadaan dirinya.

Sebaliknya kata pelakon drama Kampung People itu, dia mengalu-alukan netizen berhenti mengikuti dia di laman sosial sekiranya tidak selesa melihat cara pemakaian dan kehidupan dipaparkan.

Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kecaman ini.

RIENA DIANA

PELAKON

"Saya tak marah orang yang kecam saya... saya terima dengan hati terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya.

"Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial... saya alu-alukan untuk unfollow saya.

"Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kecaman ini," katanya lagi.

Riena sedia terima kecaman dari peminat.

Jelasnya, dia mahu menjadi diri sendiri sekali gus tidak mahu menipu peminat dengan memaparkan perkara tidak benar tentang dirinya di media sosial.

Tambahnya, keluarganya juga tiada masalah dengan penampilan dia malah terus mendoakan kejayaannya dalam industri seni.

"Tahun ini saya nak tunjuk apa sahaja yang saya nak tapi itu bukan bermaksud netizen boleh cakap macam-macam fasal saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain