suria

Hampir jadi mangsa penyeluk saku di London, jeritan sekuat hati selamatkan Vivy Yusof

Vivy hampir jadi mangsa penyeluk saku ketika di tengah kota London.

USAHAWAN Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman hampir manjadi mangsa penyeluk saku ketika dia sedang bercuti di kota London baru-baru ini.

Menurut Vivy kejadian tersebut berlaku apabila seorang wanita tidak dikenali tiba-tiba datang menghampiri dan menyeluk ke dalam tas tangan miliknya.

“Saya hampir menjadi mangsa penyeluk saku di Oxford Street ketika sedang mendukung Idris dan tangan satu lagi memegang Sarah.

vivy 2

Vivy kongsi detik cemas hampir jadi mangsa penyeluk saku.

“Wanita itu memasukkan tangannya ke dalam beg saya dan sudah ada rakan lain menunggu untuk mengambil barang yang dicuri,” katanya.

Vivy berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Bagaimanapun cubaan wanita berkenaan tidak berjaya kerana barang-barang berharga ditutup dengan lampin anaknya yang terletak di bahagian atas beg tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Vivy saman netizen isu angkuh, persoal tindakan kerajaan beri bantuan kepada golongan B40 dan M40

ARTIKEL BERKAITAN: “Melampau! Semua yang sign petisyen itu tak semak fakta...” - Vivy Yusof ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah

“Syukur lampin Idris berada di bahagian atas. Saya menjerit dengan kuat ke arah wanita itu dan rakannya,” ceritanya.

Dalam hantaran sama, Vivy juga menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan ragam tiga orang anaknya ketika mereka berada di sana.

vivy 3

Vivy syukur semua barang dapat diselamatkan.

“Mariam dan Sarah sering bergaduh manakala Daniel pula menangis nak balik Malaysia sewaktu makan tengah hari disebabkan apartmen kami tidak menyediakan Wi-Fi.

“Ada ketika dimana Idris dan Sarah tidur pada waktu yang sama dan kami harus bergilir menggendongnya kerana kami cuma ada satu kereta sorong,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain