suria

[VIDEO] “Kalau kelakar jangan teruskan” - Radhi OAG rayu bekas isteri tarik balik tuduhan pukul

PENYANYI Radhi OAG merayu bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu agar menarik semula kes pertuduhan memukul dan mencederakan yang dilakukan terhadap wanita itu pada April lalu.

Enggan kes ini berpanjangan, Radhi, 45, berkata, dia sudah membuat permohonan maaf kepada bekas isterinya itu dan berharap ia dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Saya kalau boleh nak selesaikan cara baik, tak nak panjangkan isu hal rumah tangga ni.

radhi 3

Radhi rayu bekas isteri tarik balik dakwaan.

"Saya nak ambil satu petikan daripada Ayu yang mengatakan ia kelakar dan bagi saya perkara ini memang kelakar.

"Kalau ia kelakar jadi saya merayu agar jangan teruskan dan tarik semula kes ini dan saya tak kisah kalau dia buat apa-apa selepas ini sebab tuduhan pun sudah berlaku malah saya sendiri pun sudah minta maaf. Tiada guna sekiranya lanjutkan kes ini kalau boleh selesai cara baik," katanya kepada mStar.

Radhi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Shahira lega Radhi OAG tak boleh ganggu hidupnya lagi... Mahu tuntut hak penjagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Radhi OAG mengaku tidak bersalah bertindak kasar terhadap bekas isteri... Hanya mampu doa moga diberi kesihatan baik

Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Dalam pada itu, Radhi memberitahu dia meminta pertolongan daripada bekas ibu mertuanya untuk menghubungi Ayu berikutan mahkamah telah menetapkan syarat dia tidak menganggu bekas isterinya itu sehingga kes ini selesai.

"Saya berhubung melalui mak dia sebab lepas bercerai kami block sesama sendiri, jadi daripada mana timbul isu ganggu dia?

Saya agak ralat sebab ini hal rumah tangga, jadi selesaikan cara baik... yang paling penting anak-anak, fokus kepada mereka itu lagi penting

RADHI OAG

PENYANYI

"Saya agak ralat sebab ini hal rumah tangga, jadi selesaikan cara baik... yang paling penting anak-anak, fokus kepada mereka itu lagi penting," ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata prosiding hari ini membabitkan pengurusan kes serta serahan dokumen.

"Hari ini kami sudah terima laporan pengadu, kertas siasatan daripada polis termasuk lokasi dan gambar yang didakwa kesan akibat pukulan.

radhi 2

Radhi bersama barisan peguamnya.

"Kami harap dokumen yang diserahkan ini tiada penambahan daripada pihak pendakwaan, dengan dokumen inilah kami akan sandarkan dan bergantung.

"Sekiranya pihak pendakwaan tidak mahu menarik kes ini, kami akan lawan sehingga perbicaraan untuk dia buktikan setiap tuduhan yang didakwa terhadap anak guam kami," katanya.

Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 23 Ogos ini.

Untuk rekod, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Selepas bercerai, Ayu dan anaknya itu menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain