suria

Ayu Shahira lega Radhi OAG tak boleh ganggu hidupnya lagi... Mahu tuntut hak penjagaan anak

Mahkamah membenarkan Radhi diikat jamin dengan syarat tidak menganggu bekas isteri, Ayu.

BEKAS isteri kepada Radhi yang dikenali sebagai Ayu Shahira meluahkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah meletakkan syarat melarang vokalis kumpulan OAG itu menganggu hidupnya lagi.

Enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri berkata dia kini lebih mengutamakan soal keselamatan diri dan dua orang anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Radhi OAG mengaku tidak bersalah bertindak kasar terhadap bekas isteri... Hanya mampu doa moga diberi kesihatan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Shahira buat laporan terhadap Radhi OAG, bimbang kejadian pukul berulang

"Alhamdulillah saya bersyukur mahkamah meletakkan syarat dia (Radhi) tidak boleh menganggu saya selepas ini. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi diganggu olehnya.

"Lagipun saya hanya memikirkan soal keselamatan diri dan anak-anak. Nak ulas lebih lanjut mengenai kes ini pun tak boleh sebab masih dalam siasatan.

Ayu 2

Radhi mengaku tidak bersalah atas tuduhan bertindak kasar terhadap bekas isteri.

"Saya tidak mahu kenyataan saya menganggu siasatan polis," kata Ayu ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Selepas dua hari direman, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bertindak kasar terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri.

Radhi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Justeru itu mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak menganggu bekas isteri.

Pada Rabu lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri.

Sebenarnya saya dah pernah beberapa kali buat laporan polis selepas kami bercerai.

AYU SHAHIRA

BEKAS ISTERI RADHI

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira pukul 2.29 petang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Dalam pada itu, Ayu mendedahkan dia pernah beberapa kali membuat laporan polis terhadap suaminya selepas mereka bercerai pada Mac 2019.

"Sebenarnya saya dah pernah beberapa kali buat laporan polis selepas kami bercerai. Tapi tak perlulah saya jelaskan lebih lanjut mengenai laporan sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Ayu memberitahu dia bakal memfailkan tuntutan hak penjagaan anak sepenunya sebaik sahaja kes tersebut selesai.

Ayu 1

Ayu dan Radhi mempunyai dua orang anak.

"Selepas bercerai, kami memutuskan untuk menjaga anak sama-sama. Dia boleh ambil anak-anak tanpa had masa sebab Radhi pun masih bapa kepada anak-anak saya.

"Tapi bila dah jadi macam ini, saya akan failkan tuntutan untuk dapatkan hak penjagaan anak sepenuhnya. Selain itu, saya juga nak tuntut nafkah yang sepatutnya.

"Cuma selebihnya saya tak boleh nak kongsi lagi sebab biar selesaikan kes ini terlebih dahulu," katanya.

Untuk rekod, Ayu dan Radhi berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah serta Muhammad yang kini masing-masing berusia tujuh dan enam tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain