suria

[VIDEO] Radhi OAG mengaku tidak bersalah bertindak kasar terhadap bekas isteri... Hanya mampu doa moga diberi kesihatan baik

SELEPAS dua hari direman atas dakwaan mencederakan bekas isteri, penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bertindak kasar terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Justeru, mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak mengganggu bekas isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Shahira buat laporan terhadap Radhi OAG, bimbang kejadian pukul berulang

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ibu Radhi OAG sempat pesan hindari najis dadah - “Dia suruh saya tinggalkan benda biasa saya buat dulu”

Radhi yang ditemui selepas prosiding berkata dia menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa.

"Saya serahkan kepada berkuasa untuk jalankan tugas. Moga Allah pelihara kesihatan saya. Amin," katanya kepada mStar.

radhi 2

Radhi hadir ke mahkamah memakai kurta berwarna biru mengaku tidak bersalah pukul isteri.

Sementara itu, peguam mewakili Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi memberitahu prosiding hari ini merupakan pengurusan kes dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk serahan dokumen.

"Ini hanya satu pengurusan kes, hari ini dia didakwa dan kita dah ikat jamin.

Saya serahkan kepada berkuasa untuk jalankan tugas

RADHI OAG

PENYANYI

"Serahan dokumen masih belum diterima dan kita akan tunggu pada 13 Julai ini. Setakat ini kami tidak boleh beri komen lanjut," ujarnya.

Pada Rabu lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri.

radhi 3

Ayu Shahira buat laporan polis terhadap radhi kerana bimbang keselamatan dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira pukul 2.29 petang.

Mohamad Fakhrudin berkata kejadian itu berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain