suria

Alyah pula ke Langkawi, ramai ‘bitter’ tengok asyik tukar baju naik kapal mewah - “Kerja berapa minit saja kan?”

Alyah kongsi paparan skrin mesej netizen yang kurang senang melihatnya berada di Langkawi.

SELEPAS selebriti Neelofa dan suaminya Haris Ismail, kini giliran penyanyi Datin Alyah pula dikecam netizen di laman sosial gara-gara memuat naik foto dan video dia berada di Pulau Langkawi.

Menerusi Instagram, Alyah memuat naik paparan skrin mesej daripada seorang individu yang 'panas hati' melihat penyanyi berusia 40 tahun itu berseronok bersama rakan-rakan dengan menaiki kapal mewah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul” - Alyah anggap pihak benarkan Nabila Razali bertanding tidak peka

"Sakan Langkawi sis, kemain. Saya tengok sis dengan kawan-kawan duduk makan steamboat, naik kapal mewah sambil tukar-tukar baju fesyen. Duduk pun hotel mahal.



Alyah turut memuat naik surat permohonan rentas negeri.

"Kerja berapa minit saja kan? Macam tak ada hati, orang lain nak cuti tapi sis duduk belanja video dan gambar. Macam tak cerdik pun ada sis ini. Maaf saya saling beringat ya sis," tulis individu tersebut.

Enggan membiarkan individu tersebut terus memfitnahnya, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Abu Hasan tampil menjelaskan tujuan sebenar dia berada di Langkawi.

Sebagai seorang penyanyi dan pemilik syarikat rakaman, isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS ini berkata dia perlu mengeluarkan sebuah produk untuk memastikan perniagaanya berterusan.

"Sejak saya berada di Langkawi ni, macam-macam DM (direct message) yang saya terima. Itu belum nombor yang tak kenal dengan tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP.

Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya tu, betul ia terjadi.

ALYAH

PENYANYI

"Saya masih seorang penyanyi dan saya bekerja di bawah record saya sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan.

"Peniagaan muzik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga," tulis Alyah menerusi Instagram miliknya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyokong Alyah serta meminta penyanyi lagu Jutaan Purnama itu tidak melayan komen negatif seperti itu.

Dalam pada itu, Alyah turut memberitahu dia dan tenaga kerja daripada syarikat Like Music Sdn Bhd ke pulau tersebut kerana ingin menyiapkan video muzik terbaharunya berjudul Thank You Allah.



Alyah ke Langkawi atas urusan kerja.

Menurut Alyah, dia juga sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan untuk mendapatkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Pihak saya dan team Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya #ThankyouALLAH. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, betul ia terjadi.

"Tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya. Saya tak naik kapal untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar-tukar baju fesyen.

"Sebelum saya dan team ke Langkawi, kami sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan juga surat kebenaran daripada pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain