suria

Shuib, Siti Sarah dipanggil ke SPRM

Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil SPRM pada Khamis.

PASANGAN selebriti, Siti Sarah Raisuddin dan Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada tengah hari Khamis untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Pengurus pasangan itu iaitu Nana Mohamad Rom mengesahkan Shuib telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada pihak SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

Manakala penyanyi lagu Semakin itu pula hadir menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

Siti Sarah dan Shuib.

“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan, ” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan keterangan pasangan selebriti ini tidak berjaya apabila mereka gagal dihubungi.

Pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Siti Sarah Raisuddin, Shuib, sprm,

Artikel Lain