Neelofa jawab dakwaan jadi orang ketiga, tak selesa kongsi hal peribadi kaitkan PU Riz - “Tunggulah sampai akad!”

Neelofa tidak mahu berkongsi hal peribadi kepada umum.

SUSULAN pendedahan seorang wanita yang mendakwa hubungan cinta dengan Pencetus Ummah (PU) Riz terputus disebabkan orang ketiga, pengacara popular Neelofa yang dikaitkan dengan isu itu enggan mengulas panjang hal berkenaan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, yang ditemui mStar pada Khamis menjelaskan dia tidak tahu mengenai isu itu dan berasa kurang selesa berkongsi hal peribadi membabitkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa bekas kekasih PU Riz mohon maaf - “Kita tiada hak untuk hukum niat seseorang”

“Saya tak tahu dan tak ambil kisah... sebolehnya saya tak mahu tambah kerisauan tentang hal itu. Saya kunci diri daripada benda-benda tak patut, tak ada apa yang boleh saya komen.

“Mengenai hal peribadi saya juga tak mahu bercerita banyak kerana bimbang ia boleh memakan diri. Bagi saya tak perlu buka aib sendiri, begitu juga orang di luar sana... kalian ada media sosial jadi lebih baik jangan terlalu dedahkan hal peribadi.

“Sejujurnya ini bukan benda baharu dan saya ada terdengar orang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ini tapi saya tak ambil kisah, ” katanya kepada mStar.

Neelofa melancarkan butik terbaharu miliknya Naelofar di 1 Utama.

Pada Jumaat lalu, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Riz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan dan permohonan maaf atas tindakan mempertikaikan kelakuan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Netizen secara tidak langsung mengaitkan nama Neelofa meskipun status yang ditulis gadis berkenaan tidak memetik mana-mana pihak.

Neelofa ditemui pada pelancaran butik terbaharu Naelofar di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Jadi hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi.

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

Sementara itu bekas pengacara program MeleTOP ini membuat keputusan untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan peribadinya dengan mana-mana individu.

Ini kerana hal membabitkan sesebuah perhubungan merupakan hal yang belum pasti, justeru itu dia memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

Neelofa mula dikaitkan mempunyai hubungan dengan PU Riz sejak Ramadan lalu.

“Tunggulah sampai akad... kalau nak kongsi sikit-sikit okay! Malah dalam Islam kalau bertunang pun tak digalak untuk dihebohkan apatah hubungan yang tak ada ikatan.

“Jadi hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi, ” ujarnya.

Hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan spekulasi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain