suria

“Saya mohon maaf... saya bertanggungjawab untuk dijadikan viral” - Remaja cium anak Nora Ariffin mengaku salah, menyesal sebar video

Remaja tersebut memohon maaf terutama kepada ahli keluarga Nora. Foto kanan: IG @sepitsiput.

ENGGAN memanjangkan isu video tular aksi bercium dengan anak kepada penyanyi Nora Ariffin, remaja lelaki yang terlibat sebagai pelaku perbuatan tidak senonoh itu tampil memohon maaf.

Selain menyesal dengan perbuatan tidak bermoral itu, remaja berkenaan turut mengakui kesalahannya menyebarkan video berkenaan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN; Lagi video bercumbu tersebar... Anak sulung Nora nak bersemuka bekas kekasih adik - “Ini salah dan dosa mereka berdua”

"Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga puan Nora dan ahli keluarga saya. Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak puan Nora untuk dijadikan viral.

Nora bersama keluarga (kanan) dan foto imej video yang tular (kiri).

"Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya minta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video tersebut.

"Akhir kata, saya ingin mohon maaf atas penularan video itu," katanya menerusi rakaman video.

Sebelum ini netizen dikejutkan dengan dua rakaman video aksi cium pasangan remaja berkenaan.

Enggan berselindung, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, mengakui remaja perempuan tersebut adalah anaknya.

Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang.

NORA ARIFFIN

PENYANYI

Dalam pada itu, ibu kepada remaja lelaki berkenaan juga tampil memohon maaf dan berharap anaknya belajar daripada kesilapan ini.

"Saya mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya mohon maaf kepada keluarga perempuan yang dah sama-sama malu atas perbuatan anak saya.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya harap apa yang berlaku ini memang dijadikan iktibar dan pengajaran untuk dia.

"Kepada puan Nora, saya mohon maaf daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki," ujarnya.

Anak sulung Nora akan ambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video adiknya.

Sementara itu, Nora menerusi Instagram memberitahu dia sudah memaafkan semua pihak malah turut menghukum anaknya mengikut panduan agama.

"Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama.

"Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada kepada Allah SWT, buat masa ni saya hanya berserah pada Allah SWT.

"Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. InsyaAllah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain