suria

Lagi video bercumbu tersebar... Anak sulung Nora nak bersemuka bekas kekasih adik - “Ini salah dan dosa mereka berdua”

Shakir bakal mengambil tindakan terhadap individu yang berkongsi video adiknya dengan niat untuk memburukan keadaan.

SELEPAS kecoh tersebarnya video bercumbu seorang remaja perempuan yang dikaitkan sebagai kepada penyanyi Nora Ariffin, terdapat satu lagi video kedua adegan seumpama itu yang turut tersebar di alam maya.

Berikutan itu, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan, 27, pada Jumaat meluahkan rasa kesal dengan tindakan salah seorang pelakunya iaitu remaja lelaki yang didakwa merakam dan memuat naik video berkenaan di laman sosial tanpa rasa bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Susulan video bercium tersebar, Nora Ariffin harap anak perempuannya belajar jadi lebih baik... “Kita tidak boleh lari daripada kesilapan”

Menurut Shakir, dia berjaya menjejaki remaja lelaki berkenaan yang bersekolah di Johor Bahru dan telah mengambil keputusan untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah mereka pada petang ini di sekitar Kuala Lumpur.



Nora (kiri) bersama keluarganya sementara foto kanan pula merupakan imej video yang tular.

"Saya difahamkan ada video baru yang tular sejak semalam (Khamis). Saya akui kami tidak sangka yang mereka (adik dan remaja lelaki) mempunyai (rakaman) lebih daripada satu video. Hal ini memang salah dan dosa mereka berdua.

"Video telah direkod dan dimuat naik oleh budak lelaki di laman sosial. Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius. InsyaAllah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga budak lelaki itu.

"Saya dapat info budak ini sekolah di JB. InsyaAllah hari ini dapat jumpa dia dan mak di KL. Kami cuba untuk selesaikan dengan cara yang paling munasabah," kata Shakir.

Sebelum ini, sebuah video memperlihatkan seorang remaja perempuan yang dipercayai anak kepada Nora Ariffin bersama kekasih sedang melakukan aksi bercium tersebar di laman sosial.

Dia tidak lagi menggunakan laman sosial, dengan harapan ia akan membantunya.

SHAKIR IMAN JOHAN

ANAK NORA ARIFFIN

Enggan berselindung apabila namanya dikaitkan, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 27, mengakui remaja perempuan tersebut adalah anaknya.

Dalam pada itu, Shakir memberitahu meskipun kesalahan diletakkan pada kedua-dua pihak namun dia menganggap individu yang merakam dan berkongsi video tersebut menjadi punca utama rakaman itu tersebar.

Shakir juga mendedahkan dia sekeluarga sedang berusaha untuk memulihkan semula emosi adiknya yang kini dalam keadaan tertekan berikutan kecaman yang diterima.

"Kami dah cuba beri dan dapatkan didikan agama yang terbaik buat dia tapi syaitan juga lebih bekerja keras untuk menyesatkan mereka.



Anak sulung Nora Arffin berbalas komen netizen di Twitter.

"Dua-dua memang salah, cuma yang rekod dan upload tu... bagi saya (ia) punca utama adanya video dan tersebarnya video tersebut. Emosi adik saya sekarang tidak stabil, tapi kami cuba yang terbaik untuk pulihkan semula.

"Dia tidak lagi menggunakan laman sosial, dengan harapan ia akan membantunya," ujar Shakir.

Sementara itu, Shakir turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebarkan video tersebut dengan niat untuk mengeruhkan lagi keadaan.

"InsyaAllah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak post video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?" katanya dalam satu catatan di Twitter miliknya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain