suria

“Kami sepatutnya dah berbaik... Loca B tak patut masuk campur!” - Kumpulan hip-hop TTONTHEMOVE kecewa hubungan dengan K-Clique makin 'panas'

Kumpulan TTONTHEMOVE kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Loca B.

ISU berkaitan video lima saat yang tular di media sosial memperlihatkan anggota kumpulan K-Clique, Tuju yang didakwa mencetuskan pergaduhan di sebuah acara di Kuala Lumpur masih belum selesai.

Terbaharu, kumpulan hip-hop underground yang dikenali sebagai TTONTHEMOVE mengakui terlibat dalam kekecohan yang berlaku dan kecewa dengan kenyataan kekasih Tuju iaitu Loca B yang dilihat cuba masuk campur.

Ahli kumpulan itu Taufiq Azhar, 25, berkata, kenyataan Loca B atau nama sebenarnya Hani Azali yang mendakwa kekecohan itu sebagai satu fitnah dianggap tidak tepat dan mengelirukan.

Malah, tambahnya, penyanyi lagu Cute itu tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan tidak berada di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Tuju K-Clique dituduh buat hal, Loca B jelaskan perkara sebenar- “Ramai sangat cakap tak guna otak!”

Taufiq juga memberitahu ramai saksi yang berada di tempat itu melihat dan mengetahui apa yang sebenarnya terjadi antara Tuju dan kumpulannya.



Kenyataan Loca B didakwa mencetuskan kekeliruan.

"Loca B tak perlu pun nak masuk campur dan keluarkan sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku pada Jumaat lalu sebab dia tak berada di situ pun.

"Ramai saksi ketika itu yang melihat dan mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Jika hal ini dibangkitkan, sepatutnya kena tanya tuan badan.

"Jadi, dia tidak patut pun nak bersuara berhubung perkara itu dan kenyataan yang dikeluarkan itu juga tidak benar," kata Taufiq ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, sebuah video pendek memperlihatkan Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 24, seolah-olah menyerang seseorang individu ketika di sebuah acara menjadi tular di laman sosial.

Loca B tak perlu masuk campur!

TAUFIQ TULANGKATA

ANGGOTA KUMPULAN TTONTHEMOVE

Video berdurasi lima saat yang dimuat naik pengguna Twitter @Redjuan memberitahu penyanyi lagu Merais itu cuba menyerang seseorang individu selepas berlaku provokasi.

Tuju menerusi laman Twitter menjelaskan video yang tersebar itu satu fitnah terhadap dirinya malah kekasihnya iaitu Loca B juga berkata rakaman itu telah memberi persepsi buruk kepada K-Clique.

Dalam pada itu, Taufiq memberitahu isu antara kumpulannya dengan Tuju sepatutnya sudah selesai selepas mereka saling memohon maaf dan berbaik.



Video memperlihatkan Tuju didakwa menyerang kumpulan TTONTHEMOVE menjadi tular di laman sosial.

"Kenyataan Loca B itu telah mencetuskan kekeliruan. Jangan kerana anda mempunyai contact media, anda mahu tutup apa yang telah terjadi.

"Diam sajalah. TTONTHEMOVE dan K-Clique sudah mahu berbaik. Jangan cuba mahu pijak kumpulan lain dengan cara kotor dengan mahu tutup cerita di media," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain