suria

Tular video Tuju K-Clique dituduh buat hal, Loca B jelaskan perkara sebenar- “Ramai sangat cakap tak guna otak!”

Loca B kesal Tuju difitnah cetus pergaduhan.

SEBUAH video pendek memperlihatkan seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju seolah-olah menyerang seseorang individu ketika di sebuah acara menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi lima saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @Redjuan memberitahu penyanyi lagu Merais itu cuba menyerang seseorang individu selepas berlaku provokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pukul kekasih, Tuju K-Clique buat laporan polis - “Status itu berbaur fitnah dan aibkan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi dikasari jadi pengajaran, Loca B, Tuju kongsi kisah cinta dalam lagu 'Empati'

Menerusi video tersebut juga, kelihatan beberapa pengawal keselamatan yang mengawal ahli kumpulan itu cuba menghalang tindakan Tuju.

Ciapan yang dimuat naik pada malam Jumaat itu mendapat lebih 3,000 ulang siar dan 2,000 tanda suka.



Seorang pengguna Twitter memuat naik video berdurasi lima saat.

Tidak berdiam diri, Tuju atau nama sebenar Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 24, menerusi Twitter menjelaskan video yang tersebar itu satu fitnah terhadap dirinya.

Dia juga mendoakan individu berkenaan supaya sedar apa yang dilakukan itu satu kesalahan dan berdosa.

Aku doakan kamu sedar dan selamat, selebihnya urusan kamu dengan yang di atas.

TUJU

PENYANYI

“Assalamualaikum, minta maaf saya awal awal, kepada semua yang melontarkan kata-kata seperti mereka tahu apa yang berlaku dan ia fitnah.

“Simple, aku doakan semoga kamu sedar dan selamat, selebihnya itu urusan kamu dengan yang di atas, ” ujarnya.

Dalam pada itu, kekasih kepada Tuju iaitu penyanyi rap Loca B atau Hani Azali pada Sabtu menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku ketika itu.

Menurut Loca, video yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu telah memberi persepsi buruk kepada kumpulan itu.



Loca B menjelaskan situasi sebenar kejadian itu.

Malah, katanya, tindakan Tuju seperti menyerang itu bukan bergaduh sebaliknya cuba melepaskan diri daripada pengawal keselamatan yang menjaga mereka.

“Dia hanya ingin melepaskan diri daripada pengawal. Dia nak tengok apa yang berlaku. Berapa saat punya video klip konklusikan jadi gangster.

“Bukan ada geng boleh la, tapi kau sibuk nak sebar fitnah, ” ujarnya.

Loca berkata, dia berasa kesal dengan segelintir netizen yang melontarkan kata-kata kesat tanpa berfikir panjang.

Dia turut meminta netizen berhenti menyebarkan fitnah dan bercakap perkara yang buruk tentang orang lain yang tidak mereka kenal.

“Saya sangat kecewa dengan segelintir orang, ramai sangat bercakap tak guna otak tentang orang yang saya kenal dan saya ambil berat.

“Fokus kepada diri anda sendiri. Berhenti membazir masa bercakap tentang orang yang anda tak kenal. Kenapa fokus pada orang lain sedangkan diri anda tidak sempurna?” ujarnya.

Sementara itu, netizen yang memuat naik video berkenaan sudah meminta maaf dan memadam video tersebut dari laman sosialnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Loca B, Tuju K Clique, rap, penyanyi, sensasi

Artikel Lain