suria

“Cakaplah apa pun, kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk” - Kesabaran Nor Hidayah terus diuji, dituduh tak ingat arwah Abam

Nor Hidayah hanya mampu menyimpan perasaan sedih apabila kehilangan suami tersayang, Abam secara mengejut.

SUDAH pasti setiap manusia yang hidup akan bersedih apabila kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak dijangka.

Begitulah perasaan Nor Hidayah Mohd Ali yang kehilangan suami tercinta iaitu Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey pada 10 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nor Hidayah kecewa lagi, batu nisan pusara Abam dibuat tanpa bincang - “Saya tahu lepas tengok di Instagram”

Bagaimanapun terdapat suara-suara nakal yang beranggapan isteri pelawak itu tidak berasa sedih atas pemergian suaminya.

Nor Hidayah berkongsi tuduhan yang dilemparkan terhadapnya di Instagram.

"Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami. Tak apa la, cakaplah apa pun... Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Ingat lagi pesan arwah suami... sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita.

"Jangan berhenti berdoa, Allah sentiasa ada bersama kita," kata Nor Hidayah.

Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih

NOR HIDAYAH

ISTERI ABAM BOCEY

Norhidayah berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Rabu dan rata-rata netizen berharap isteri arwah membiarkan sahaja komen negatif seperti itu.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas.

Dalam pada itu, Nor Hidayah memberitahu kesedihan seseorang itu tidak perlu ditayangkan kepada umum.

"Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.

Nor Hidayah dan arwah Abam mempunyai seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah.

"Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih," ujarnya.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain