suria

Nor Hidayah kecewa lagi, batu nisan pusara Abam dibuat tanpa bincang - “Saya tahu lepas tengok di Instagram”

Nor Hidayah kecewa dengan tindakan ahli keluarga Allahyarham Abam.

SELEPAS lima bulan meninggal dunia, pusara Allahyarham Abam Bocey yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu nisan dan binaan kubur.

Pada entri yang dikongsikan di Instagram, adik kepada Allahyarham Abam iaitu Ali Puteh meminta pengikutnya yang ingin menziarahi pusara Allahyarham Abam untuk mendoakan kesejahteraan arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bertahan demi sesuap nasi anak saya” - Balu Abam jual cempedak goreng sara keluarga

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya.

Nor Hidayah ketika ditemui mStar bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.



Gambar binaan kubur dan batu nisan yang dikongsikan Ali Puteh di Instagram.

"Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni.

"Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram.

"Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja," katanya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwah Abam.

Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja.

NOR HIDAYAH

BALU ALLAHYARHAM ABAM BOCEY

"Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah hari ini," kata Mohd Ali.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain