“Saya tetap teruskan perceraian ini” - Adira tegas mahu berpisah, guna kaedah hakam tuntut diceraikan

Hasil perkahwinan Adira dan Datuk Red mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

SELEPAS beberapa kali menafikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sebelum ini, penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan berpantang anak ketiga, Adira buka mulut jawab kes cerai... “Ramai buat spekulasi ia adalah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira kini ibu kepada sepasang cahaya mata

Terdahulu ketika prosiding yang berlangsung pada petang Rabu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian Adira berhubung permohonannya,  bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab "saya tetap mahu teruskan perceraian ini".

Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Adira memfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu.

Untuk rekod Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.

Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk bercerai dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan menceraikannya.

Kaedah ini tidak perlu perbicaraan, ia lebih kepada proses perantara iaitu dengan melantik pihak ketiga untuk putuskan perkahwinan itu diteruskan atau dibubarkan.

Ia boleh digunakan untuk kes suami isteri tinggal sebumbung, tetapi tiada sefahaman dan tidak menjalankan tanggungjawab tetapi suami belum mahu lepaskan isterinya.

Adira yang berpakaian serba hitam hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.

Manakala, Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Adira, Datuk Red, hakam

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain