Natasha Hudson bercerai kali keempat - “Saya perlu selamatkan diri daripada kesengsaraan”

Natasha mendakwa perkahwinan yang dibina pada Disember tahun lalu dengan Noor Nashiq hanya dipenuhi penipuan.

PELAKON Natasha Hudson mengesahkan sudah bercerai dengan ahli perniagaan, Noor Nashiq  Sekarnor dengan talak satu baru-baru ini.

Walaupun enggan mendedahkan punca perceraian, Natasha, 36, berkata, rumah tangga yang dibina Disember tahun lalu itu dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang foto bersama suami, perkahwinan keempat Natasha Hudson musnah? - “Saya sudah lakukannya dan sangat gembira sekarang!”

"Ya, saya sudah bercerai dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

"Jadi, saya tinggalkan dia. Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan.

Sebelum ini, Natasha memberi bayangan rumah tangganya dengan Noor Nashiq sudah berakhir di Instagram.

"Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman yang paling teruk," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Natasha menerusi Instagram memberi bayangan mengenai status rumah tangganya dengan usahawan dari Kelantan itu sudah berakhir.

Malah, pelakon itu juga bertindak memadam foto perkahwinan bersama bekas suaminya di laman sosial.

Dalam pada itu, Natasha memberitahu dia hanya ingin membahagiakan diri sendiri dan fokus kepada kehidupan masa hadapan.

"Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan.

Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. 

NATASHA HUDSON

Pelakon

"Sekarang ini, saya nak gembira. Zaman kanak-kanak saya sudah dipenuhi dengan banyak parut luka tapi Allah sekali lagi menguji saya untuk jadi lebih kuat, bijak dan sedar setiap tindakan serta keputusan saya dalam hidup," ujarnya.

Sementara itu, Natasha berkata, kegagalan rumah tangga itu membuatkan dia lebih memilih pasangan hidup pada masa akan datang.

Dia memerlukan seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan menyayangi serta menerima anak-anaknya.

"Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. Saya perlukan pasangan yang boleh menjadi penyokong terbesar untuk saya capai impian.

"Pasangan itu juga perlu menyayangi dan menerima anak-anak saya dan dia juga perlu kuat dan berkuasa seperti saya yang tidak akan cipta drama dalam kehidupan," katanya.

Natasha mahu pasangannya menyayangi dan menerima anak-anaknya.

Natasha dan Noor Nashriq mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Pada Oktober tahun lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.

Natasha Hudson

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain