suria

Aeril Zafrel bongkar individu menyamar guna nama Wawa Zainal, siap bersumpah tawar hadiah RM30,000

Ada guna nama Aeril dan Wawa untuk tujuan penipuan.

PELAKON dan usahawan Aeril Zafrel meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama dia dan isteri, Wawa Zainal untuk tujuan menipu orang ramai.

Ia susulan wujud individu yang menjanjikan hadiah wang tunai lumayan namun meletakkan syarat perlu membuat bayaran pendahuluan.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 37, dia dan Wawa tidak pernah berbuat demikian dan tindakan itu adalah satu bentuk penipuan.

Perkongsian Aeril di Instagram. 

"Ini 'scam'. Tidak mudah saya nak beri hadiah kepada orang tanpa sebab. Jangan mudah percaya," katanya.

Aeril menulis perkara tersebut di Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama. Aeril turut berkongsi tangkap layar seornag indivdiu yang mendakwa dirinya wakil kepada pihak Wawa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aeril Zafrel hati-hati buat ‘content’, risau anak kena kecam 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik

Menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp itu, individu berkenaan menawarkan hadiah lumayan bernilai RM30,500.

Malah dia juga turut berani bersumpah atas nama Wawa sebagai janji hadiah yang bakal diterima itu bukan satu pembohongan.

"Saya Wawa bersumpah kalau bohong akan kena bala besar.

"Wawa akan bertanggungjawab apabila sudah hantar pengesahan dan jika hadiah belum masuk, semua amal ibadah tidak akan diterima," jelas pesanan suara yang kononnya menyamar sebagai Wawa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain