suria

Dikatakan menumpang nama Ziana, Anuar Zain hanya tersenyum terima sindiran

Anuar dan Ziana buktikan kredibiliti tersendiri dalam bidang seni.

KETIKA awal kemunculan sebagai penyanyi, Anuar Zain pernah berdepan dengan sindiran sesetengah pihak yang menganggap perjalanan kerjayanya tidak bertahan lama. 

Menurut Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 55, ada juga pihak yang menganggap dia menumpang populariti kakaknya iaitu penyanyi Ziana Zain apabila sudah mencipta nama dalam bidang seni. 

"Orang anggap penyanyi lelaki tak boleh pergi jauh. Sebab ketika itu tak ramai penyanyi lelaki. 

Anuar tidak layan komen negatif di media sosial. 

"Saya pernah teman Ziana dalam satu acara dan ada terdengar orang cakap 'kesian terpaksa menempel pada kakak'. Ketika itu saya memang tiada minat untuk menyanyi," katanya kepada mStar. 

Anuar berkongsi pengalaman itu ketika sidang media konsert Empat Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada Khamis. 

Tidak cepat melatah, Anuar menganggap kata-kata negatif itu hanyalah sekadar angin lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert keluarga pertama di Malaysia… Anuar, Ziana Zain, Ernie dan Syamel realisasikan impian peminat 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah di sebalik Anuar Zain hilang 10 tahun, karier di awan biru banyak ajar erti kesabaran

Malah dalam keadaan sekarang, Anuar mengaku lebih selesa untuk tidak terlalu lantang bersuara apabila menerima komen-komen negatif di media sosial. 

"Biar apa orang nak bercakap di media sosial, saya senyum sahaja. Tak perlu nak balas atau menjelaskan sesuatu. 

Tak perlu nak balas atau menjelaskan sesuatu

ANUAR ZAIN

PENYANYI 

"Lebih baik berdiam dan teruskan hidup dan jangan baca komen. Kadang-kala netizen ini nakal dan sengaja nak 'cucuk'. Mereka seronok bila kita membalas," ujarnya. 

Sementara itu bercakap tentang konsert yang bakal berlangsung pada 18 Oktober depan,  Anuar meluahkan rasa teruja dan menganggap ia satu acara yang sungguh bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya. 

Ini kerana, Anuar berpeluang berkongsi pentas bersama Ziana dan anak saudaranya iaitu Ernie Zakri dan Syamel. 

Anuar, Ziana, Ernie dan Syamel berkongsi pentas dalam konsert Empat Live In Kuala Lumpur. 

"Empat yang sungguh bermakna. Ia merupakan kolaborasi empat beranak. Saya harap ia dapat diabadikan sebagai satu legasi dan sejarah. 

"Ini akan menjadi satu yang diperkatakan sepanjang hayat," luahnya. 

Konsert Empat Live In Kuala Lumpur akan berlangsung di Mega Star Arena dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.my. 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain