suria

Hafreez Adam rayu sokongan peminat, tempoh tayangan awal penting tentukan nasib ‘Gantung: Musketeer Code’

Hafreez berharap sokongan peminat untuk menonton Gantung: Musketeer Code di pawagam.

PELAKON Hafreez Adam mengharapkan sokongan peminat untuk hadir ke pawagam bagi menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Gantung: Musketeer Code. 

Menurut Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, tempoh awal tayangan adalah sangat penting bagi menentukan nasib filem berkenaan di pawagam. 

"Empat hari pertama tayangan adalah waktu paling penting untuk filem kami ini. Pawagam akan menentukan tayangan pada minggu berikutnya. 

Gantung: Musketeer Code ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun.

Gantung: Musketeer Code ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun.

"Jika semuanya berjalan lancar, insya-Allah akan berterusan (tayangan filem), jika tidak hanya sedikit pawagam akan meneruskan tayangan," katanya. 

Hafreez meluahkan perkara tersebut dalam hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya. 

Ia susulan makluman yang diterima berhubung filem tersebut tidak ditayangkan di beberapa buah lokasi pawagam sekitar Lembah Klang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Novel fixi ‘Gantung’ ke layar perak, hasil dana sumbangan awam RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: Individu janji ‘fund’ setengah juta lesap, pengarah cerita kepayahan terbitkan filem ‘Gantung: Musketeer Code’

Pelakon ini gusar sekiranya jumlah penonton kurang, maka pihak pawagam akan menghentikan atau membataskan waktu tayangan. 

Bairpun begitu dia akur keputusan tersebut bukanlah ditentukan olehnya atau pihak produksi. 

"Saya faham kerana pada akhirnya semua ini adalah bisnes.Tak boleh nak salahkan pawagam kerana tidak menayangkan," ujarnya.

Filem Gantung: Musketeer Code merupakan adaptasi daripada novel fixi.

Filem Gantung: Musketeer Code merupakan adaptasi daripada novel fixi.

Hafreez merupakan salah seorang pelakon utama filem ini dengan membawakan watak bernama Troll. 

Selain Hafreez, pelakon lain yang turut terlibat adalah Ikmal Amry, Ben Ami, Brandon Lim, Shazia Rozaini dan Taufiq Hanafi. 

Gantung: Musketeer Code mula ditayangkan pada 5 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain