suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Layan galau peminat, Dadali Band adakan konsert di KL Julai depan

Dadali teruja untuk bertemu peminat pada 5 Julai depan.

IMPIAN peminat mahu menyaksikan kumpulan terkenal Indonesia, Dadali Band mengadakan konsert sulung di Malaysia bakal tercapai.

Kumpulan ini bakal membuat persembahan istimewa menerusi Konsert Sebuah Kisah Volume 1 yang akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 5 Julai depan.

Ronnie bakal menjadi penyanyi jemputan pada malam tersebut. 

Dadali dijangka mendendangkan lagu-lagu popular mereka antaranya Disaat Aku Mencintaimu, Disaat Aku Tersakiti, Disaat Sendiri, dan Sebuah Kisah yang cukup terkenal dalam kalangan peminatnya. 

Lebih istimewa untuk konsert kali ini, Dadali turut menampilkan Ronnie Hussein sebagai penyanyi jemputan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik 15 kilogram selepas sertai GV11, Dadali Dyrga paling suka makan nasi kerabu campur budu

ARTIKEL BERKAITAN: Dadali Dyrga terkejut ‘kembar’ datang konsert GV11, ada rancangan berlakon bersama Shahrol Shiro

Dadali dianggotai oleh enam orang ahli iaitu Dyrga sekalu vokalis, Rickarjd (gitaris), Boim (gitaris), Hendy (bass), Vijay (keyboard) dan Obot Zivilia (dram).

Untuk info, Dadali pernah membuat persembahan di Malaysia iaitu pada 2015 bagi mempromosikan album kedua mereka berjudul Di Saat Sendiri.

Peminat boleh membuat pembelian tiket menerusi laman web myticketempire.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain