suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perjalanan umrah luar biasa, Vida dapat peluang solat di Hijir Ismail dua kali

Vida bersyukur dapat tunaikan solat di kawasan Hijir Ismail.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida menyifatkan ibadah umrahnya kali ini sangat bermakna kerana berjaya memasuki kawasan Hijir Ismail sebanyak dua kali.

Selain mengambil kesempatan berdoa untuk dirinya, Vida atau Hasmiza Othman, 53, turut memberitahu dia mendahulukan doa buat mangsa banjir di Malaysia.

"Umrah kali ni sangat luar biasa untuk saya sebab saya dapat buat dengan tertib.

NP (39)

Vida akan salurkan bantuan tambahan buat mangsa-mangsa banjir.

"Saya juga dapat masuk dan tunaikan solat di Hijir Ismail sebanyak dua kali, Hijir Ismail dah buka untuk perempuan waktu malam.

"Selepas selesai umrah saya dahului doa kepada semua mangsa banjir dahulu sebelum doa untuk diri sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

Simpati dengan nasib mangsa banjir, Vida berkata dia akan menambah kos bantuan kepada mereka yang terjejas disebabkan bencana alam berkenaan.

Tambah usahawan itu, anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan, 17, atau mesra disapa Kacak akan kembali mengetuai misi bantuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hulur bantuan RM200,000 buat mangsa banjir di Kelantan, titip doa dari Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tak puas hati caj RM1,300 naik beca di kota London, mengaku pelajar untuk dapat diskaun

"Saya akan tambah bantuan buat mangsa-mangsa pasca banjir.

"Mengenai kos pula belum diketahui, kita lihat pada keperluan mereka macam mana.

"Nanti Kacak akan turun padang lagi untuk berikan bantuan tersebut," jelasnya.

Sebelum ini, Vida mewakilkan Kacak dengan menghulurkan bantuan sebanyak RM200,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain