suria

Individu menyamar sebagai Amir Jahari, mesej isteri minta RM150

Amir minta kenalan dan peminat berhati-hati dengan penipuan menggunakan namanya.

PENYANYI Amir Jahari memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama dan fotonya untuk menipu orang ramai.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 31, dia menyedari perkara itu selepas isterinya Kartini Sulaiman menerima mesej daripada inidvidu berkenaan.

"Amaran penipuan. Mohon sebarkan. Jangan sampai ada yang terkena dengan individu ini.

amir j 2

Amir minta orang ramai berhati-hati.

"Nasib baik dia WhatsApp isteri saya, sekurang-kurangnya dapat tahu awal," kongsinya.

Amir berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan tangkap layar berserta nombor telefon individu tersebut.

Menerusi perbualan tersebut, individu berkenaan meminta Kartini membuat transaksi dalam talian kepada akaun bank milik saudaranya.

Katanya saudara Amir menerima rawatan di hospital dan mahukan menggunakan RM150 dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari beli Perodua Alza, ada kisah di sebalik kereta pertamanya itu

Malah dia juga memberi alasan akaun bank milik Amir mengalami gangguan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Amir memberitahu beberapa orang kenalannya juga menerima mesej yang sama daripada inidvidu serupa.

Tegasnya, dia hanya mempunyai satu nombor peribadi yang diketahui oleh keluarga dan rakan-rakannya.

"Sudah beberapa orang bertanyakan perkara ini. Sudahlah pakai gambar keluarga saya.

amir j 1

Mesej perbualan isteri Amir bersama penipu.

"Saya ingin jelaskan di sini saya hanya ada satu nombor peribadi untuk keluarga dan kenalan rapat. Selain daripada itu, semua bukan nombor saya," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat penipu yang tidak mengetahui hubungan Amir dan Kartini.

Namun mereka juga menyarankan agar Amir mengambil tindakan tegas terhadap individu terkenaan.

"Awal-awal dah kantoi, dia patut periksa hubungan Amir dengan Puan Kartini itu.

"Patut ambil tindakan tegas, cepat pergi saman dia," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain