suria

“Cukup Kak Long saja gagal dalam perkahwinan” - Bella Astillah minta kekasih adik setia, hormat keluarganya 

Bella berharap agar teman lelaki Didi kekal setia.

PESANAN pelakon Bella Astillah buat kekasih adiknya iaitu Didi Astillah ketika meraikan hari jadi lelaki berkenaan menyentuh hati ramai.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berharap lelaki dikenali sebagai Diniey itu sentiasa bersabar dengan karenah adiknya.

Ini kerana kata Bella, Didi seorang yang kurang sabar selain panas baran dan berharap Diniey sentiasa berada di sisi adiknya itu.

Copy of Untitled - 2024-05-22T110935.098

Bella menyampaikan pesanan itu ketika sambutan hari jadi teman lelaki Didi.

"Kak long (panggilan Bella) kenal macam mana adik (Didi), dia tiada kesabaran dan panas baran.

"Tapi Diniey boleh bersabar cuma kak long harap jangan sebelum kahwin jelah, dan jangan pernah berubah," katanya.

Bella menitipkan pesanan tersebut menerusi video yang dimuat naik di TikTok Diniey pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu fokus kes cerai, Bella Astillah enggan layan permohonan maaf Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Ayden janji tak akan buat Bella Astillah sedih, mahu jaga keluarga bila sudah besar

Dalam pada itu, Bella berpesan agar lelaki itu tetap setia dan menghormati keluarganya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Jelasnya, cukup dia sahaja yang mengalami kegagalan rumah tangga dan tidak mahu Didi merasai perkara sama.

"Kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long.

Copy of Untitled - 2024-05-22T112711.943

Bella dan Aliff sedang menjalani proses penceraian.

"Cukuplah kak long saja yang gagal dalam perkahwinan, kaklong tak nak adik kaklong lalui benda sama," ujarnya.

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah dengn pelakon Aliff Aziz pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Kini, mereka sekali lagi dalam proses penceraian selepas Bella memfailkan cerai pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan sebutan itu akan disebut pada 4 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain