suria

Westlife kembali ke Genting Highlands, janji persembahan bertenaga 9 Jun depan

Westlife kembali menggegarkan pentas selepas muncul di Kuala Lumpur pada 2023.

SELEPAS kejayaan konsert di Kuala Lumpur tahun lalu, kumpulan pop Westlife kembali menggegarkan pentas menerusi konsert Westlife The Hits Tour 2024 pada Jun depan.

Konsert yang bakal diadakan di Arena of Stars, Genting Highland hanya menampilkan tiga orang anggota kumpulan iaitu Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan.

Walaupun tanpa kehadiran Mark Feehily atas faktor kesihatan namun Westlife tetap menjanjikan persembahan bertenaga untuk semua peminat mereka.

Untitled design (79)

Westlife bakal tampil dengan tiga orang anggota sahaja.

Antara lagu hits yang akan didendangkan ketika konsert nanti termasuklah Uptown Girl, My Love, Swear It Again dan Flying Without Wings.

Kredibiliti kumpulan dari Ireland ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi apabila mereka telah menerima pelbagai anugerah termasuk World Music Award, Brit Awars dan MTV Awards.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh 26 tahun mereka berjaya menjual 55 juta unit album selain memperoleh satu bilion tontonan di YouTube dan persembahan mereka dihadiri 5.5 juta penonton di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Feehily berdepan masalah kesihatan, terpaksa undur diri daripada konsert Westlife

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Flying Without Wings’ bergema di Axiata Arena, Westlife buat 8,000 peminat imbau zaman persekolahan

Konsert Westlife The Hits Tour 2024 anjuran MMIC Entertaiment dengan kerjasama JS Concert Production bakal menemui peminat pada Ahad, 9 Jun 2024.

Tiket konsert ini akan mula dijual pada 26 April, jam 12 tengah hari di laman web MMIC.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3) dan RM388 (PS4).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain