suria

Shila Amzah kena tahan wad sebab kekurangan hemoglobin, doktor tambah darah elak sesak nafas ketika bersalin

Paras darah rendah disebabkan Shila merupakan pembawa Talasemia.

PENYANYI Shila Amzah terpaksa ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) selepas berdepan masalah darah rendah atau kekurangan hemoglobin (Hb) pada Jumaat.

Suami Shila iaitu Ubai, 26, memberitahu isterinya itu dinasihatkan mendapatkan rawatan segera kerana bimbang berisiko mengalami komplikasi ketika bersalin tidak lama lagi.

"Dia (Shila) ditahan sebab doktor dapati paras darah rendah dalam badan semasa kami buat pemeriksaan di hospital hari ini.

"Doktor nasihatkan dia ditahan di wad bagi menambah darah sebab risau Shila berisiko mengalami sesak nafas ketika bersalin sebab tak cukup darah," katanya ketika dihubungi mStar.

Untitled design (83)

Shila membuat perkongsian itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat.

Sebelum ini, Shila memuat naik hantaran di Instastory menyatakan dia ditahan di hospital kerana bacaan darahnya berada di paras tujuh.

Jelas Ubai, punca isterinya mengalami darah rendah adalah disebabkan Shila merupakan pembawa Talasemia.

"Sebenarnya normal bagi pembawa Talasemia mengalami kekurangan darah dalam badan ketika mengandung," ujarnya.

Mengulas tentang keadaan isetrinya, Ubai memberitahu Shila sedikit risau kerana ini merupakan pertama kali dia berdepan masalah kesihatan ketika hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shila Amzah masuk hospital akibat jangkitan paru-paru

ARTIKEL BERKAITAN: Lori muatan kontena memandu secara merbahaya, tukar laluan tak beri signal... Shila Amzah buat aduan ke APAD

"Sebelum pemeriksaan, Shila okay sahaja tetapi lepas dapat tahu keaadannya sekarang terus dia jadi takut, saya pun ikut risau juga.

"Shila jadi gementar kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalami kekurangan darah semasa mengandung anak pertama, tapi doktor beri jaminan tiada masalah serius," jelasnya.

Semenetara itu, Ubai turut berkongsi Shila dijangka bersalin dalam tempoh dua minggu lagi.

"Setakat ini kandungan dah 35 minggu, doktor jangkakan usia kandungan mencecah 36 ke 37 minggu untuk bersalin, sebab perlu pastikan bayi cukup matang dan sihat dulu," katanya.

Untitled design (85)

Ubai menjelaskan Shila risau mengenai keadaan kesihatannya.

Untuk rekod, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34 mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, Shila berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain