suria

Tubuh makin langsing, Jasmin Hamid gembira berat badan susut hampir 10kg selepas sebulan lakukan bariatrik

Jasmin dilihat mengalami perubahan ketara selepas pembedahan bariatrik.

PELAKON Jasmin Hamid meluahkan rasa teruja apabila pembedahan bariatrik yang dilakukan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Februari lalu memberikan hasil memuaskan hati.

Menurut Jasmin, 52, dia kini dalam proses mendapatkan badan ideal dan mendedahkan beratnya kini susut hampir 10 kilogram (kg) sejak menjalani pembedahan itu.

"Alhamdulillah saya sudah semakin runcing. Tak sampai dua bulan saya sudah turun ke 9.85 kg. Dulu diet macam nak mati pun cuma sekilo dua saja yang kurang.

jasminnn

Jasmin kongsi bacaan timbang berat badannya sebelum dan selepas pembedahan.

"Saya akan berusaha lagi untuk dapatkan target saya nak dan bersesuaian dengan ketinggian saya. Saya juga akan ikut nasihat doktor," katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memparkan pertemuannya dengan doktor yang merawat.

Kata Jasmin lagi, doktor juga turut gembira dengan perubahan yang berlaku itu.

Malah dia juga disarankan untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman agar tiada kesan akibat penurunan berat badan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid selamat jalani pembedahan bariatrik, doktor kesan ada lubang besar pada ulu hati

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi

"Doktor agak gembira dengan progres saya sebab nampak saya sudah bertambah sihat.

"Doktor sarankan saya untuk bersenam untuk saya keep fit supaya tiada ropol-ropol dari kesan gemuk kepada kurus," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Jasmin memberitahu dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan selepas mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati.

Pada awalnya dia berasa ragu-ragu terhadap kaedah perubatan itu, namun mendapat keyakinan apabila menerima nasihat dan penerangan lanjut doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain