suria

Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi

Jasmin Hamid mendedahkan bahawa dia mengalami kanser rahim.

PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan kecil bagi memulihkan dirinya daripada kanser rahim.

Kata Jasmin, 50, dia dimasukkan ke hospital pada Khamis sebagai persediaan sebelum menjalani pembedahan pada Jumaat yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

"Hari ini saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh hari lahir saya, saya akan jalani pembedahan minor.

"Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan permudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim," katanya menerusi laman Instagram.

Jasmin Hamid 2 (1)

Jasmin memohon doa daripada peminat supaya dipermudahkan.

Dalam masa sama, Jasmin juga mengakui hatinya tergores apabila ada pihak melontarkan komen negatif dengan mengutuk fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan dihidapinya.

Kata Jasmin, perubahan fizikal dirinya itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

"Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya," katanya.

"Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya, jadi, hari ini saya reveal kenapa," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan kelainan pada urat jantung Jasmin Hamid, berita baiknya sudah tidak lagi tersumbat

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid melawat bekas suami masuk ICU akibat serangan jantung, masih berkawan baik walau sudah berpisah

Sementara itu, Jasmin memberitahu dia juga telah memaafkan pihak yang mengutuk fizikalnya sebelum ini.

"Terima Kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian.

"Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain