suria

[V] MK K-Clique tunjuk perangai sebenar, video hisap puting sekadar momen bahagia bersama isteri… Sabar menanti rezeki zuriat

SELEPAS tular video memperlihatkan MK daripada kumpulan K-Clique menghisap puting bayi baru-baru ini, peminat mula membuat spekulasi kononnya penyanyi rap ini seperti memberi petunjuk bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menafikan mengenai perkara itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, memberitahu dia dan isteri iaitu Siti Hajar masih sabar menanti rezeki zuriat.

"Video hisap puting tempoh hari bukan memberi gambaran isteri saya sedang mengandung. Belum ada rezeki lagi... sama-sama tolong doakan ya.

ff

MK dan Hajar sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

"Isteri saya belum mengandung, tetapi saya mengharapkan juga (dapat zuriat). Jadi, tolong doakan kami," katanya kepada mStar.

Tambah MK lagi, dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, namun menyerahkan segalanya kepada rezeki.

Malah, dia memegang kepada kepercayaan aturan hidup ini sudah ditentukan dan disusun sebaiknya oleh Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: MK makin kelakar, merengek-rengek manja sambil hisap puting pink! Ramai syak ‘hint’ nak timang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique sakat isteri sedang pandu kereta, tapi mata netizen pula pandang tak pakai 'seat belt'

"Kalau ikutkan memang kami merancang nak anak, saya hanya berharap dengan rezeki yang diberikan Allah nanti... kalau ada Alhamdulillah.

"Cepat atau lambat saya percaya itu adalah yang terbaik buat kami. Alhamdulillah kami suami isteri bersependapat dalam masing-masing punya keinginan untuk menimang cahaya mata," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang video menghisap puting yang dikongsi, penyanyi lagu Mimpi itu menyifatkan ia merupakan perangai sebenar dirinya apabila berada di samping insan tersayang.

Isteri saya belum mengandung, tetapi saya mengharapkan juga (dapat zuriat). Jadi, tolong doakan kami.

MK

PENYANYI

Jelas MK, video itu dirakam sekadar berkongsi momen bahagia bersama isteri dan tidak menyangka mendapat perhatian ramai.

"Itulah adalah sisi lain saya apabila bersama keluarga dan dengan orang tersayang. Biasanya kita ada karakter masing-masing sekiranya bersama keluarga, rakan-rakan.

"Tak semua perkara kita tunjuk kepada orang ramai dan bukan semua orang mengenali diri kita yang sebenarnya.

"Saya tidak pandai nak sweet-sweet tetapi perbuatan itu secara semua jadi lahir dalam diri saya," jelasnya.

Meskipun turut menerima komen-komen negatif daripada netizen, MK dan isteri tidak mudah melatah dan terbuka menerima pendapat masing-masing.

Segelintir netizen menyifatkan perbuatan penyanyi itu menghisap puting sebagai satu kelakuan yang agak lucah.

Bagaimanapun, MK mengakui kesilapannya dan tidak mahu menyalahkan mana-mana individu yang memberikan komen sedemikian.

"Mungkin itu satu kesilapan... ada perkara yang patut saya kongsikan dan ada perkara yang tidak patut saya berkongsi.

mk1 - 1

MK terbuka menerima pendapat netizen.

"Bagi saya itu adalah momen gembira buat saya dan isteri tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa.

"Saya terbuka untuk menerima pendapat semua orang... sekali lagi saya tidak menyalahkan siapa-siapa kerana masing-masing ada pendapat sendiri,” katanya.

Untuk rekod, MK dan Hajar atau Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain