suria

“Cukuplah kami sahaja tahu”... Lia Aziz padam foto suami, rumah tangga masih bahagia

Lia masih bahagia bersama suami.

GARA-GARA tidak lagi berkongsi foto bersama suami di media sosial, timbul spekulasi mendakwa hubungan rumah tangga penyanyi Lia Aziz dan Arash Azimi sedang berdepan masalah.

Menafikan dakwaan tersebut, Lia atau Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 21, berkata dia dan suami sudah bersepakat untuk tidak lagi menonjolkan kisah peribadi dan memilih untuk memberikan fokus kepada kerjaya seni.

"Kami sama-sama buat keputusan untuk tidak muat naik berdua atau kisah peribadi. Kalau terlalu banyak nanti orang bosan dan meluat, sebab itu tiada lagi gambar berdua.

lia aziz 2

Lia dan suami tidak memuat naik gambar raya bersama.

"Baru beberapa bulan lepas kami buat keputusan sebegini. Saya juga mahu mulakan kembali branding diri sendiri, jadi rasanya tidak menarik untuk pengikut baharu di media sosial tahu kisah peribadi.

"Hubungan kami tiada masalah pun. Kami sengaja tidak muat naik gambar bersama," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Lia menjelaskan perkara tersebut selepas dia dan Arash dilihat hanya memuat naik gambar berseorangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz selamat bergelar isteri gitaris kumpulan Treehill

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sombong tegur pun tidak... 7 bulan kahwin baru Lia Aziz tahu suami orang paling kelakar

Tambah Lia dia tidak bimbang sekiranya ada dalam kalangan pengikut yang menyangka dirinya masih belum berpunya atau ada mana-mana wanita cuba mendekati Arash.

"Bila awal buat keputusan ini ada juga rasa bimbang tetapi tujuan dan motif kami sama. Apa yang penting cukuplah kami berdua sahaja yang tahu.

"Ada juga yang bertanya di sosial media, kami layankan sahaja," ujarnya.

Kami sengaja tidak muat naik gambar bersama

LIA AZIZ

PENYANYI

Bercerita tentang sambutan 1 Syawal baru-baru ini, Lia dan suami pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan sebelum meraikan bersama keluarga Arash di Pulau Pinang.

Sementara itu bercakap tentang soal cahaya mata, pasangan ini tidak mahu terlalu mengharap dan sentiasa percaya pada rezeki.

"Kami tak rancang pun soal anak. Kalau ada maka kami terima. Allah tahu waktu yang tepat untuk beri kami rezeki itu.

lia aziz 3

Lia lebih selesa kongsi perkembangan kerjaya di media sosial.

"Saya pun tidak mahu terlalu fikir kerana takut tertekan. Just go with the flow," jelasnya.

Untuk rekod Lia dan Aras bernikah pada 23 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain