suria

Kehidupan Nadeera Zaini sudah banyak berubah, tak perlu lagi bergantung ‘job‘ menyanyi di kelab malam

Nadeera bersyukur dengan limpahan rezeki yang diterima selepas Big Stage.

SEJAK menjuarai program Big Stage 2023, rezeki Nadeera Zaini dalam bidang seni lebih baik selain membuka mata banyak pihak tentang bakatnya sebagai penyanyi.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, berkata, walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian namun sebelum ini dia sukar mendapat tawaran dan hanya bergantung kepada persembahan di kelab malam.

"Alhamdulillah rezeki selepas menang Big Stage semakin murah. Persembahan pentas pun sentiasa ada.

nadeera2 - 1

Nadeera bakal melancarkan album mini pertama tidak lama lagi.

"Berbeza sangat, sebab dulu nak dapat tawaran persembahan pun susah dan terpaksa bergantung menyanyi di kelab dan hotel lounge," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Emas ini berhajat mengaadakan kenduri doa selamat sempena kemenangannya sekali gus bersempena sambutan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini tercabar dengan permintaan Hetty Koes Endang, dalam proses siapkan album mini

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia hadap kontroversi, Nadeera tenang berdepan setiap kecaman

Nadeera yang berhari raya di Kelantan turut mengambil peluang tersebut meraikan kejayaan itu bersama saudara mara di kampung halamannya.

"Saya tak sempat nak buat kenduri lagi dan Alhamdulillah dapat meraikan kejayaan itu bersama sanak saudara di kampung.

Dulu terpaksa bergantung menyanyi di kelab dan hotel lounge.

NADEERA ZAINI

PENYANYI

"Hari raya tahun ini memang meriah sebab dapat bertemu dengan saudara dari pelbagai negeri," ujarnya.

Berkongsi perkembangan kariernya, Nadeera sedang dalam proses menghasilkan sebuah album mini yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

nadeera1 - 1

Nadeera menyambut Aidilfitri di Kelantan.

Kata Nadeera, dia tidak terburu-buru melancarkan album tersebut kerana mahu memastikan karya dihasilkan adalah terbaik untuk peminat.

"Insya-Allah album mini saya akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya bekerja dengan dua lagi rakan saya menghasilkan album tersebut.

"Saya mengekalkan genre balada tetapi lagu yang dihasilkan lebih kepada hati. Saya mahu peminat merasai keindahan setiap karya dan bukan sekadar kemantapan vokal," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain