suria

[V] Gementar nak masak untuk suami, Nabila Razali bangun pukul 2 pagi siap makanan sahur

DI SEBALIK rasa teruja, penyanyi Nabila Razali gementar menyambut Ramadan buat pertama kali bersama suaminya Nik Iruwan Nik Izani.

Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, antara menjadi kebimbanganya adalah menyediakan juadah sahur buat suami tercinta.

"Sebagai seorang wanita sudah berkahwin, mestilah nak rasa masak sahur untuk suami. Saya memang gementar dan hari pertama berpuasa saya mula masak pukul 2 pagi.

nabila razali 3

Suami Nabila tidak cerewet dalam memilih hidangan sahur.

"Disebabkan takut terlajak tidur dan tak sempat nak masak, saya lakukan persiapan awal. Jadi hari itu memang kami sahur awal sekitar pukul 3 pagi.

"Sekarang dah biasa, jadi saya tahu untuk bahagikan masa. Suami juga tidak cerewet. Kami selalu makan lewat malam dan hanya bangun sahur dengan mengambil kurma sahaja," katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi pengalaman itu ketika majlis pelancaran lagu raya berjudul Raya Mana? yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nik Iruwan cinta pertama Nabila Razali, pilih tema tradisional Jawa sebagai penghormatan kepada bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali lega suami tetap ‘cool’ walau terpalit kecaman... Nasihat netizen jaga bahasa ketika menegur

Penyanyi ini sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan, 39, pada 18 November tahun lalu dan majlis pernikahan berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang.

Bercerita tentang karya ciptaan Ezra Kong itu, Nabila memberitahu ia merupakan lagu raya pertama Nabila Razali sepanjang bergelar anak seni.

Kami selalu makan lewat malam dan hanya bangun sahur dengan mengambil kurma sahaja.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Menampilkan pelakon baharu Aizat Saha dalam video muzik, penyanyi ini juga ada alasan sendiri untuk tidak membawa suaminya sama-sama terlibat dalam pembikinan lagu ini.

"Saya rasa sebagai sebagai penyanyi perlu ada limitasi dalam perkara yang melibatkan hal peribadi. Kalau kerja saya mahu lakukan bersungguh-sungguh.

"Ada masa kita boleh kongsi hal peribadi. Namun ada ketika lebih baik simpan untuk diri sendiri sahaja. Peminat juga cukup memahami dan menghormati privasi saya," ujarnya.

nabila razali 2

Nabila kongsi pengalaman sendiri dalam lagu Raya Mana?

Bercakap lanjut mengenai Raya Mana?, Nabila menyifatkan lagu itu sesuai dengan situasi dirinya yang juga berkira-kira dalam memilih destinasi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Saya sangat suka dengan jalan cerita lagu ini kerana ia ada kaitan dengan diri sendiri. Ezra faham dengan isu yang bakal saya hadapi tahun ini iaitu pilihan nak raya di mana.

"Untuk sambutan raya tahun ini saya sudah berbincnag dengan suami dan dalam rumah tangga perlulah ada persefahaman. Di mana saya beryaa tahun ini akan terjawab dalam muzik video," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain