suria

Dilantik jadi duta baju Melayu pula… KJ seronok kerjaya sekarang, belum terfikir kembali dunia politik

KJ kini menjadi duta Baju Melayu Elrah untuk kempen raya 2024.

"MEMANG dah rosak pun!"

Itu seloroh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila ditanya mengenai gurauan netizen yang berpandangan dia sudah menjadi individu berbeza daripada dulu.

Kata Khairy atau mesra disapa KJ, 48, buat masa ini dia bahagia dengan kerjaya sekarang dan tiada keperluan buat dirinya untuk kembali ke kancah dunia politik.

size NP 1 (14)

KJ bersama duat-duta Elrah Exclusive untuk tahun 2024.

"Tak tahu lagi tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

"Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

"Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi," katanya kepada mStar.

KJ berkongsi perkara itu ketika ditemu di Tayangan Premier Filem Pendek Elrah Exclusive di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eh! Saya tak ada kerjalah” - Khairy Jamaluddin terima ‘offer’ jadi DJ Hot FM, kendali segmen Bekpes Hot

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalah sampai jadi DJ” - Tukar lirik lagu Malam Pagi, nyanyian Khairy Jamaluddin buat pendengar terhibur

Sebelum ini, KJ mencuri perhatian masyarakat dengan berubah profesion dari dunia politik ke industri hiburan seperti menjadi deejay, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya untuk produk tempatan.

Dalam pada itu, KJ berkata dia teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempat iaitu Elrah Exclusive pada tahun ini.

"Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.

"Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu," jelasnya.

size NP 1 (15)

KJ puji El Azman sebagai usahawan Melayu yang berjaya.

Sementara itu, KJ juga tidak menolak jika suatu hari nanti dia akan melebarkan sayap menjadi seorang pelakon jika ada rezekinya dalam bidang berkenaan

"Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah," katanya.

Selain KJ, antara duta Elrah lain untuk kempen raya tahun 2024 ialah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Meerqeen, Amir Ahnaf, MK, Shahril, Fahimi Rahmat dan Fadhli Masoot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain