suria

[V] Tak sensitif dan suka cakap lepas, punca Zoey Rahman sudah jarang ‘live’ dengan Mass Factor

SIKAP kurang sensitif Mass Factor ketika bercakap membuatkan pelakon dan usahawan Zoey Rahman sudah jarang membuat video siaran langsung di TikTok bersama wanita kurang upaya (OKU) itu.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, menjelaskan disebabkan perkara itu juga timbul salah faham di antara mereka selain kurang selesa apabila Mass meluahkan perasaan terhadapnya.

"Masa tengah kemuncak dulu, memang hari-hari kami buat live untuk hiburkan pengikut tetapi lama-kelamaan, siaran langsung itu sudah ke arah lain pula.

2544386

Zoey mengakui sering bersiaran langsung dengan Mass untuk hiburkan peminatnya sahaja.

"Muncul pula perasaan suka... Kadang-kadang orang seperti Mas ini, perubahan emosinya agak ketara jadi dia bercakap lepas tanpa berfikir panjang.

"Sehingga menyebabkan perselisihan faham, itu menjadi punca kami menjadi agak renggang," katanya kepada mStar.

Zoey berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Sambal Nengar dan produk penjagaan kulit Mikaseries yang diadakan pada petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen desak suruh bersama, rupanya ini sebab Zoey belum terbuka hati terima cinta Mass Factor

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman dituduh perguna wanita OKU dalam live Tiktok, tak perlu ‘drama’ nak jual produk

Zoey bagaimanapun menjelaskan salah faham di antara dia dan Mass sebelum ini sudah pun diselesaikan secara baik.

Katanya, dia mengambil kedatangan bulan Ramadan untuk sama-sama melupakan sengketa yang berlaku.

Tetapi lama-kelamaan, live kami sudah ke arah lain pula.

ZOEY RAHMAN

PELAKON DAN USAHAWAN

"Kami masih berkawan, baru-baru ini pun dia ada mesej saya dan kami saling bermaaf-maafan sempena bulan Ramadan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zoey memberitahu dia melancarkan tiga produk baharu menerusi Mikaseries termasuk serum, krim pelembut dan krim pelindung matahari.

Tidak hanya fokus kepada produk kecantikan, bersempena Ramadan Zoey mengeluarkan produk makanan iaitu Sambal Nengar dan koleksi baju Melayu serta samping menerusi jenama Mikawear.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain