suria

Zizan Razak buat ibu tersayang menangis, beri hadiah Mercedes Benz GLC 300

Zizan menghadiahkan kereta idaman ibunya jenis Mercedes GLC 300.

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 300 kepada ibu tercinta iaitu Anai Ibrahim.

Perkara itu didedahkan abang aktor tersebut iaitu Hafiza Razak yang meluahkan rasa bangga terhadap Zizan kerana berjaya membeli kereta idaman ibu mereka.

"Alhamdulillah adik, Along (panggilan Hafiza) bangga dengan adik (Zizan). Banyak tolong kami. Kami sayang awak adik," katanya.

Anai terharu dihadiahkan kereta mewah daripada Zizan.

Anai gagal menahan air mata selepas mendapat tahu kereta mewah itu miliknya.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video itu, Zizan dan Hafiza dilihat membawa ibu mereka ke bilik pameran kereta kononnya sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Jurujual kemudiannya membawa Anai melihat kereta yang dibalut dengan kain hitam berserta reben besar namun wanita itu belum dapat menangkap petunjuk diberi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan hanya bergurau, Zizan Razak hadiah abang motosikal XMax 250 hampir RM25,000

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat berdua, model muslimah dikaitkan cinta hati Zizan Razak

"Kami sampai sini konon-konon sebab bosan nak tunggu waktu berbuka puasa. Masuk dalam ini buat-buat nak tengok kereta.

"Sales girl tanya ibu suka Mercedes ke? Lepas itu diajak ibu tengok kereta baru mana tahu berkenan.

"Sementara nak tunggu berbuka apa salahnya tengok, bukan kena bayar pun... Tapi ibu langsung tak perasan apa-apa," ujarnya.

Zizan banyak membantu memberi kesenangan kepada keluarga.

Ibu adalah insan paling penting dalam hidup Zizan.

Dalam pada itu, jurujual berkenaan sempat meminta Anai merekod video dipaparkan di skrin televisyen yang tertera tulisan memberitahu kereta mewah tersebut adalah miliknya.

Anai bagaimanapun tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata memeluk Zizan sebagai tanda ucapan terima kasih.

"Masa ini pun sebak lagi sebab dapat kereta idaman. Sudah berjaya ibu miliki hadiah daripada Zizan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain