suria

Shuk Sahar contohi perubahan Aliff Aziz, ada rasa takut kembali seperti dulu

Shuk jadikan Aliff contoh untuk berubah ke arah kebaikan sebelum ini.

PELAWAK dan pengacara Shuk Sahar menjadikan Aliff Aziz sebagai contoh dalam melakukan perubahan ke arah lebih baik selepas dia terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, berkata, dia menjadikan Aliff sebagai contoh kerana berasa kagum melihat perubahan penyanyi itu dalam memperbaiki diri.

"Sebenarnya kes Aliff ini dengan aku dia lebih kurang 'timing'. Bila Aliff dapat tunjuk yang sisi dia 'patah' balik dan dekat Gegar Vaganza dia jadi imam.

size NP 1 (60)

Shuk takut dirinya kembali ke perangai lama.

"Jadi masa itu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk aku macam 'aku kena contohi dia'.

"Walaupun dia macam itu, dia patah balik. Dia betulkan kehidupan dia. Aku pun ada sedikit sebanyak jadikan dia inspirasi," katanya.

Shuk berkongsi perkara itu menerusi temu bula podcast OKLETSGO.SG. yang disiarkan di YouTube.

Dalam pada itu, Shuk mengakui terkesan dengan kontroversi tangkap khalwat di antara Aliff dan Ruhainies yang kecoh baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar, Rossa Sera sah bercerai... Keputusan dicapai selepas pulang tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Shuk Sahar dan Fara Salleh sudah nikah 4 bulan lalu

Ini kerana kata Shuk, dia juga pernah mengalami situasi lebih kurang sama namun kagum dengan cara Aliff berdepan dengan isu tersebut.

"Kes Aliff Azizi, apa yang beza kali ini dia tenang. Ruhainies tenang. Esoknya Ruhainies boleh post gambar dia pegang bunga," katanya.

Bagaimanapun, Shuk berkata sedikit sebanyak timbul perasaan bimbang dan takut dalam diri jika dia kembali seperti masa lalu.

Kata Shuk, dia bimbang jika perkara sama terjadi pada dirinya ketika dia sudah cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik.

"Bila berlaku macam ini, sebenarnya aku lebih takut pada diri sendiri sebab macam dan berpatah balik.

size NP 1 (59)

Shuk kini sudah berkahwin dengan Fara pada awal November 2023.

"Macam mana kalau tiba-tiba pulak jadi macam ini? Serius aku takut," kongsinya.

Shuk sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan itu bercerai pada 22 Mac 2023.

Penceraian itu susulan pelawak itu didakwa bersikap curang terhadap Rossa sehingga wanita itu nekad memfailkan cerai.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

Shuk kembali mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengannya pada awal November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain