suria

Kedudukan bayi songsang, isteri Daler Yusof terpaksa jalani pembedahan caesarean kecemasan

Isteri Daler terpaksa mejalani pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan.

ISTERI pelakon Daler Yusof terpaksa bersalin secara pembedahan caesarean kecemasan bagi menyelamatkan kandungannya yang kini mencecah usia 36 minggu.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mendapati bayi mereka berada dalam kedudukan songsang.

Jelasnya, usaha memusingkan kembali kedudukan janin tidak berjaya dan doktor menasihatkan agar pembedahan kecemasan dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah.

Untitled design (68)

Daler memohon agar peminat mendoakan keselamatan isteri dan bayi.

"Isteri saya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan caesarean kerana bukaannya sudah mencecah tiga sentimeter.

"Doktor maklumkan yang mereka masih tidak dapat pusingkan kepala bayi ke bawah kerana air ketumban isteri kurang.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bukan hamil anak kembar, Daler Yusuf minta maaf kapsyen Instagram buat pengikut keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya dah 10 tahun kahwin, Daler Yusuf umum isteri hamil anak ketiga

"Risau kalau kita tunggu lebih lama, jantung akan terkesan dan bayi boleh lemas," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Daler memberitahu isterinya ketika ini masih berada dalam dewan bersalin sejak 12 jam lalu dan pembedahan caesarean akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Jelas Daler, isterinya iaitu Sakinah Burukul sepatutnya dijangka bersalin pada 14 April depan.

Untitled design (69)

Pasangan ini mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata keempat pada Disember tahun lalu.

"Semoga Allah permudahkan urusan kami dan minta jasa baik semua doakan yang baik-baik di bulan Ramadan ini," katanya.

Daler pada awal pagi Isnin memaklumkan Sakinah mengalami pendarahan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

Sebelum ini Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain